10 August 2016

10 Tempat menarik di Ireland untuk dikunjungi bersama anak-anak

Ireland jarang mendapat tempat di hati pelancong mungkin kerana kedudukan negaranya yang terpisah dari tanah besar eropah. Pelancong yang datang melancong ke eropah, contohnya ke Germany, perlu menaiki feri atau kapal terbang untuk ke Ireland pula berbanding jika pergi ke negara eropah yang lain seperti Switzerland, Italy, Perancis dan lain-lain lagi. Faktor inilah yang menyebabkan jarang ada pelancong memilih Ireland sebagai destinasi untuk trip pertama kali ke eropah.




Pandangan peribadi saya, Ireland sebuah negara yang cantik dan cukup istimewa. Kunjungan anda ke Ireland pasti membawa pulang kenangan-kenangan manis. Di Ireland juga kurang scammers dan InsyaAllah lebih selamat serta tenteram melancong di sini berbanding di negara eropah yang lain.

Jika anda merancang untuk berkunjung ke Ireland bersama keluarga, saya cadangkan anda pergi melawat ke 10 tempat menarik ini.


10 tempat  yang boleh anda kunjungi:


1) Zoo


Zoo ialah tempat yang paling seronok bagi kanak-kanak. Di sini mereka boleh bebas berlari sambil melihat pelbagai jenis haiwan yang selama ini mereka lihat dalam buku atau TV sahaja. Di Ireland terdapat 3 zoo iaitu Belfast Zoo, Dublin Zoo dan Fota Wildlife Park, Cork.




2) Butlers Chocolate Factory


Butlers merupakan coklat buatan Ireland. Jenama ini memang popular di kalangan pelancong yang pernah berkunjung ke Ireland. Anda boleh membawa anak-anak melawat kilang coklat ini yang terletak di Dublin. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Anda dan anak-anak bukan sahaja berpeluang membuat coklat sendiri bahkan boleh menikmati keenakan coklat Butlers yang semestinya terbaik!




3) Castle


Ireland dan castle memang tidak boleh dipisahkan. Castle merupakan salah satu landmark Ireland. Jadi anda wajib berkunjung ke salah sebuah castle daripada beratus castle yang dibina di Ireland. Ada yang masih elok dijaga. Ada yang sudah terlalu usang dimamah usia. Melawat castle menarik juga. Biar anak-anak kita belajar tentang sejarah. Tonton video pemandangan di Roscommon castle di sini. Klik.




4) Berkhelah di Glendalough


Jika anda melancong ke Ireland pada musim panas, guna peluang ini untuk bawa anak-anak berkhelah di Glendalough-World Heritage Site yang terletak di county Wicklow. Lebih kurang 45 minit dari pusat bandar Dublin. Glendalough merupakan salah satu daripada tempat tercantik dalam senarai destinasi wajib kunjung di Ireland. Anda boleh rehatkan minda dan fikiran sementara anak bebas bermain di kawasan yang luas. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti trekking sambil melihat keindahan tasik dan lereng bukit, berkayak, picnic dan macam-macam lagi. Lengkap dengan segala kemudahan seperti cafe dan tandas.

Baca entri Trekking di Glendalough di sini. Klik.




5) Melihat Dolphin


Ada dua tempat yang anda boleh naik bot sambil dikejar ikan Dolphin! Sama ada anda ke Dingle di co. Kerry ataupun Aran Island di Galway.  Ambil pakej boat tour. Anak-anak pasti seronok melihat dolphin berenang di sebelah mereka!

Rakaman video Fungie si Dolphin kesayangan tiba-tiba muncul di bot bersebelahan dengan bot kami.






6) Melawat akuarium


Guna kesempatan ini untuk memperkenalkan hidupan air kepada anak-anak. Galway Aquarium merupakan salah satu destinasi pilihan ibubapa sekiranya berkunjung ke Ireland. Lokasi Galway Aquarium terletak di pinggir laut di Salthill. Kawasan ini terkenal dengan seafood restaurant dan merupakan kawasan yang sangat happening ketika musim panas.



7) Beri rusa makan di Pheonix Park


Selesai sesi di Dublin zoo, bawa anak bersiar-siar di Pheonix Park yang terletak bersebelahan dengan Dublin zoo. Jangan risau tentang kos. Masuk percuma sahaja! Ala-ala safari pula bila dapat lihat rusa liar depan mata. Jinak pula tu! Jangan lupa bawa lobak segar untuk bagi rusa makan.




8)National Leprechaun Museum di Dublin


Pengalaman menjadi orang kerdil memang satu memori indah! Di Dublin, ada sebuah muzium yang menjanjikan pengalaman luar biasa.. ala-ala fairy tale di National Leprechaun Museum. Leprechaun merupakan watak orang kerdil dari cerita dongeng rakyat Irish yang sangat popular sehingga diangkat menjadi mascot utama Ireland.





9)Pet Farm



Anak-anak pasti suka belai bulu biri-biri. Ada pelbagai jenis haiwan di pet farm antaranya arnab, meerkat, itik, tupai dan pelbagai lagi. Pet farm terbesar di Ireland terletak di county Roscommon iaitu Glendeer Pet Farm.




10) Petik epal


Sekiranya anda melancong ke Ireland pada bulan Oktober, anda berpeluang untuk menikmati keenakan epal Ireland yang manis dan rangup di Cahir Apple Farm. Masuk percuma. Anda boleh makan sambil petik boleh juga beli bawa pulang. Ada jus epal dan jem epal dijual di ladang ini.

Baca pengalaman kami petik epal di Cahir. Klik.






Terima kasih mengunjungi blog Cerita Kembara Kami. Selamat melancong ke Ireland!



10 comments:

  1. Sejak tengok Dilwale, Ireland tempat menarik untuk dilawati. Baru sedar. Selama nie nampak Korea je banyaknya. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam siqah. Oh peminat hindi rupanya. hehe. Pengambaran filem dilwale jika tidak silap saya hanya di sekitar Iceland. Bukan di Ireland. Tetapi Ireland juga ada banyak tempat menarik. Insyaallah.. tempat menarik ada seluruh muka bumi allah. =)

      Delete
  2. Salam. Nak Tanya, family you pergi trip ni under ground Pakej or sendiri2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kami lebih selesa pergi sendiri kerana anak2 ramai. :)

      Delete
  3. Salam
    Nak tanya if ada recommendation for hotel or airbnb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry late reply.. boleh Cari Di website Airbnb. Travelodge hotel pun harga ok. Jika Di northern Ireland.. primier Inn hotel

      Delete
  4. Teringin nak ke irland....pasti best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka view Yang cantik2 .. Ireland tempat Yang perlu dikunjungi.. 👍👍

      Delete
  5. assalamualaikum
    berapa agaknye kos semasa disana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melancong Di Ireland lebih kurang sama macam melancong negara eropah Yang lain. Kos tempat tinggal, public transport, makan.. semua Sama.. 😍

      Delete

Back to Top