8 June 2016

Tips naik kapal terbang: Punca dan cara mengatasi masalah telinga berdengung /sakit telinga (Airplane ears)

Pada mereka yang sering naik kapal terbang pasti pernah menghadapi masalah ini - telinga berdengung. Memang sakit! Telinga hilang upaya mendengar buat sementara, kadang-kadang rasa bagai ada bendasing atau air terperangkap dalam salur telinga. Saya pernah beberapa kali mengalaminya sebelum mengetahui cara-cara untuk mengelak telinga berdengung.

Punca telinga berdengung

Telinga berdengung berpunca daripada perbezaan tekanan udara yang drastik (tekanan udara menjadi sangat rendah di altitud tinggi). Bayangkan kita naik 30,000 kaki ke udara dalam hanya beberapa minit dengan menaiki kapal terbang. Simptom telinga berdengung ini dikenali sebagai Barotrauma. Tiub eustachio lazimnya akan merembes cairan dari telinga tengah ke bahagian tekak dan hidung. Oleh kerana berlaku perubahan tekanan udara, udara akan terperangkap di bahagain telinga tengah. Sebab itu kita rasa seolah-olah ada benda di dalam telinga. 

Sumber: ePainAssist.com

Tiub eustachio akan mengepam udara yang lebih ke dalam atau keluar dari bahagian telinga tengah. Apabila berlaku perubahan tekanan udara secara mendadak, situasi ini mewujudkan kawasan vakum yang menarik gegendang telinga ke arah dalam menyebabkan gegendang telinga mengalami regangan dan tidak dapat bergetar secara normal. Keadaan ini sangat menyakitkan dan boleh merosakkan pendengaran buat sementara waktu. 

Selsema

Masalah ini akan lebih teruk jika kita selsema. Ini kerana apabila kita selsema, membran hidung akan membengkak dan menyekat pembukaan tiub eustachio. Ini mengganggu tiub eustachio untuk menstabilkan tekanan udara di kedua-dua belah gegendang telinga.

Cara mengatasi:

Apa yang boleh dilakukan untuk mengurang atau menghindar Barotrauma ialah:

1) Senaman mulut - Anda boleh mengunyah chewing gum ketika kapal terbang mula berlepas dan juga semasa mula mendarat. Apabila mengunyah chewing gum, pergerakan aktif otot-otot muka akan membuka tiub eustachio dan membenarkan pengaliran udara dari hidung dan tekak ke bahagian telinga tengah bagi menstabilkan tekanan. Jika terlupa membawa chewing gum, anda boleh membuat senaman mulut dengan cara membuka dan menutup mulut dengan kerap.

2) Menguap - Jika anda boleh menguap, cuba untuk menguap. Cara terbaik untuk membuka tiub eustachio.

3) Minum air - Anda juga boleh minum air sekerap mungkin. Namun cara ini kadang-kadang kurang berkesan berbanding dengan senaman mulut. 

4) Guna ear plug - Ear plug diperbuat daripada silikon yang boleh membantu menstabilkan tekanan udara. 


Saya belum pernah memakai ear plug dan tidak tahu keberkesanannya. Saya lebih suka mengunyah chewing gum kerana cara ini lebih murah, mudah selain elok untuk otot muka!

Mencegah lebih elok dari mengubati. Ingat, kunyah chewing gum semasa kapal terbang berlepas dan semasa ingin mendarat. Selamat mencuba dan selamat bercuti!

Perlu tips naik kapal terbang dengan anak-anak kecil? (Klik di sini)



10 comments:

  1. jarang naik kapal terbang , jadi tips ni bagus...selalu minum air atau telan air liur jer....memang tak selesa kalau kena , telinga jadi pekak ....

    tq nur

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama juga mcm pergi cameron highlands kan..masa kereta naik bukit tu tiba2 rasa telinga berdesing je..

      Delete
  2. Selalu kunyah chewing gum atau hisap gula2. 👍🏻😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. jimat sikit kan dari beli earplug

      Delete
  3. Selalunya dkna telan air liur jer hahaaaa..

    ReplyDelete
  4. baby bole pakai earplug x?ehhehe..kadang2 baby tak mau minum susu. payah nak elak telinga sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang untuk kids. kite tak penah guna earplug ni. cuba try cari kat farmasi.

      Delete
  5. kalau tak kunyah chewing gum atau hisap gula (lupa nak bawa)..telan air liur je ..(itu yg biasa sy buat)

    ReplyDelete

Back to Top