14 June 2016

Strawberry Tiramisu: Hadiah buat sahabat

Hai.. salam hormat. Pagi ini saya ingin berkongsi satu resepi iaitu Strawberry Tiramisu. Sudah lama saya simpan entri ini kemas-kemas tutup rapat. Menunggu masa untuk saya kongsi di blog. Strawberry Tiramisu ini saya buat khas untuk seorang sahabat sempena majlis hari jadi anak perempuannya. Biasanya saya guna kopi, jadi rasa Tiramisu seperti yang biasa kita makan - perasa kopi. Tapi kali ini rasa nak buat sedikit kelainan. Kata orang kalau tak cuba tak tahu kan? 

Inilah rupa Strawberry Tiramisu

Oleh kerana perjalanan ke rumah sahabat saya lebih kurang 40 minit, jadi saya gunakan bekas plastik sahaja lebih ringan. 

Strawberry Tiramisu


Bahan-bahan yang diperlukan dan kaedahnya:

1) 3 biji telur. Asingkan putih telur dan kuning telur.
2) Pukul 3 biji telur kuning bersama satu pertiga cawan serbuk Nesquick (atau apa-apa jenama) perasa Strawberry (menggunakan teknik double boil). Setelah adunan agak kental alihkan dari sumber api. Rehatkan lebih kurang 4 minit.

Saya beli serbuk ini di Tesco

3) Masukkan 250g soft cheese.
4) Sementara itu pukul  300 ml 'whipping cream' sehingga kembang bekas berasingan. Jangan pukul terlalu lama.
5) Masukkan whipping cream yang telah kembang ke dalam adunan kuning telur+soft cheese tadi menggunakan spatula. Kacau perlahan. Kaup balikkan. Hingga sebati
6) Pukul putih telur hingga kembang (Sampai kalau kita angkat mixer tu putih telur berbentuk seakan puncak gunung)
7) Masukkan putih telur ke dalam campuran adunan tadi dengan cara kaup balik. Kacau perlahan hingga sebati.


Telur putih yang telah kembang dimasukkan ke dalam adunan no. 5

8) Sponge fingers di celup ke dalam bancuhan Fresh milk dan 2 sudu besar Nesquick strawberry. Celup sekejap saja. Celup sekeliling - depan belakang biskut.


Sponge finger atau nama lain lady fingers atau biskut jejari


9) Susun biskut yang dicelup tadi ke dalam bekas sehingga penuh ruang bawah bekas. Lapiskan dengan adunan no. 7 tadi. Ulang sehingga selesai. Tabur buah di antara biskut dan adunan krim jika suka.

Lapisan pertama

Lapisan kedua biskut jejari

10) Lapiskan lagi dengan adunan krim. susun buah mengikut kreativiti sendiri. Kemudian tabur dengan Dark Chocolate Mint yang dipotong kasar. Tutup bekas dan simpan dalam peti ais lebih kurang selama 24 jam atau lebih. Sedia dihidang.




Susun buah ikut kreativiti sendiri. Boleh guna apa saja jenis buah yang tidak berair. saya guna Rapsberry kerana tiada strawberry sewaktu membuat Tiramisu ini.


Sedia untuk dimaskkan ke dalam peti ais


Bila hendak makan, boleh potong-potong masuk dalam piring. Saya tidak sempat untuk ambil gambar Strawberry Tiramisu yang telah dipotong. Maklumlah dalam majlis orang. Mudah sahaja nak buat strawberry Tiramisu ini. Macam yang biasa saya cakap.. Kalau saya boleh buat, anda di luar sana apatah lagi.. Selamat mencuba!


Ingin baca kisah kami jalan-jalan di Cologne, Germany? Boleh baca di sini (Klik)



4 comments:

  1. sedap.. anak kite mesti suka nawwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. nnti boleh cuba untuk anak. nak tukar strawberi dengan perasa coklat pun ok..

      Delete
  2. Aaaaaa... i baru verangan nak buat.
    tapi now i tengah mengharamkan diri i dengan coffee. nanti boleh ikut yr recipe..

    tak kiraaa.. nak buat gakkk..
    thanks for sharing ye dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kopi sedap.. nape 'mengharamkan diri' dari kopi kak? hehe.

      Delete

Back to Top