24 June 2016

Ireland: Sebuah catatan



Negara manakah yang dapat anda teka melalui gambar-gambar berikut:


Daun Shamrock


Leprechaun bersama syiling emas


Kambing biri-biri

Castle dan tebing laut

This is Ireland!!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Sudah lama saya ingin tulis entri tentang Ireland. Bumi Allah yang indah nun jauh di Eropah. Namun saya simpan dahulu niat kerana ada komitmen lain. Buat pengetahuan pembaca, Ireland merupakan sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Jika ada ingin melihat rupa bentuk muka bumi yang cantik dan unik, datanglah berkunjung ke Ireland.

Dua jajahan

Tanah besar Ireland ini sebenarnya terbahagi kepada dua negara iaitu Northern Ireland dan Republic of Ireland. Northern Ireland terletak di bawah jajahan United Kingdom. Jika anda ke Northern Ireland, matawang yang digunakan ialah GBP bukannnya Euro. Manakala Republic of Ireland menggunakan matawang Euro dan berada di bawah kesatuan Eropah.

Masyarakat Ireland

Irish merupakan penduduk asal Ireland. Bahasa yang digunakan oleh orang Irish ialah Gaeilge namun majoriti bertutur dalam bahasa Inggeris. Selain daripada Irish, orang Polish berasal yang dari Poland juga sebahagian daripada penduduk majoriti di Ireland. Mereka sudah lama bermastautin dan bekerja di Ireland. Warganegara China dan orang Arab juga ramai di sini. Ada saja kedai-kedai dan restoren asia juga Arab di merata tempat. Jika di bandar-bandar besar seperti Dublin, Cork dan Galway ada perkampungan orang-orang melayu Malaysia. Berbelas tahun orang Melayu kita bermastautin di Ireland. Rata-rata mereka bekerja sebagai doktor, akauntan dan tukang masak.

Keindahan alam

Ireland sinonim dengan angin dingin yang menyapa serta keindahan tebing lautnya yang memukau mata. Anda pasti terpegun dengan keunikan lembah dan tasik di Ireland. Kawasan tebing laut di Ireland yang cukup unik ini tidak sama seperti di negara lain. Pada musim panas, anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang berinteraksi dengan alam seperti luncur ombak, boat tour, trekking, berbasikal, daki bukit dan pelbagai lagi.


Susunan batu berbentuk heksagon di Giant Causeway, County Antrim di Northern Ireland


Tebing laut yang tersusun elok di Cliff of Moher, Galway



Glenveagh National Park, Northern Ireland




Old Head terletak di Kinsale, Cork (sumber: www.ireland.com) 



Glendalough di Wicklow


The Dark Hedges, Northern Ireland



Kolam semulajadi berbentuk petak - wormhole di tebing laut Inis Mor, Aran Island




Castle dan Abbey

Jika anda tanya saya apa perkara yang wajib buat di Ireland, saya akan jawab pergilah melawat castle. Di Ireland terdapat beratus tinggalan castle lama dan abbey, ada yang masih elok dipelihara ada juga yang terbiar usang dimamah usia. Kunjugan ke Ireland tidak lengkap jika anda tidak melawat salah sebuah castle dan abbey di sini.




Roscommon castle - Antara beratus castle yang runtuh dan tidak dipulihara



Kylemore Abbey, Galway (sumber: www.goconnemara.com)



Dublin castle terletak di Dublin (sumber: angeltours.eu)




Lubuk ikan

Terus terang saya katakan Ireland bukanlah syurga membeli belah bagi yang kaki shopping. Tetapi jika anda kaki pancing, anda dialu-alukan ke sini. Ireland merupakan salah sebuah negara eropah yang terkenal di kalangan kaki pancing. Ikan mackerel, Salmon, Trout, Sea Bass, Monk, Ray, Cod, Sea Bream dan macam-macam jenis lagi mengikut musim. Ada peraturan memancing di Ireland yang perlu anda tahu.


Trip memancing mackerel (sumber:www.irishmirror.ie)



Memancing di River Shannon, Athlone



Bumi kelahiran Titanic

Titanic nama kapal yang difilemkan dan menjadi sebutan orang ramai. Buat peminat filem Titanic ada yang lebih menarik dari menontonnya di panggung. Anda boleh berkujung ke Belfast dan Cobh. Belfast merupakan tempat dimana kapal Titanic mula dibina iaitu sekitar tahun 1912. Ada satu muzium di sini yang menyimpan segala sejarah tentang kapal mewah ini. 


Rekabentuk dalaman muzium mirip dalam kapal Titanic yang sebenar

Manakala Cobh pula adalah pelabuhan terakhir Titanic sebelum tenggelam di lautan Atlantik. Berada di Cobh seolah olah anda berada di zaman Titanic tersebut.


Pemandangan rumah di bina di teres bukit menganjur ke laut di Cobh



Kristal dan coklat

Berkunjung ke Ireland tidak lengkap jika anda tidak melihat sendiri koleksi Waterford Crystal yang menjadi trademark di Ireland dan merasa keenakan coklat Butlers. Anda boleh mencipta pengalaman dengan melawat kilang coklat Butlers di Dublin.

Proses membuat Waterford crystal di Waterford

Anda boleh cuba membuat coklat sendiri di kilang coklat Butlers di Dublin



St Patrick's Day

Irish National Day atau St. Patrick's Day merupakan satu perayaan yang disambut meriah secara besar-besaran di Ireland dan juga dibeberapa negara lain. Disambut tanggal 17 Mac setiap tahun.

Perarakan besar-besaran di setiap county

(sumber : patrickschneider.photoshelter.com)



Makanan tradisi

Irish tidak mempunyai makanan tradisi yang luar biasa. Kebanyakan makanan tradisi orang Irish juga terdapat di negara-negara lain seperti stew, roti dan masakan berasakan kentang seperti colcannon.

Colcannon diperbuat daripada kentang dan sayur Kale.


Jika anda ingin berkunjung ke Ireland, saya cadangkan pada musim panas. Musim panas lebih sesuai untuk anda menikmati keindahan tebing laut dan bukit bukau di sini. Jika anda melancong ke Ireland pada musim sejuk, suhu yang dingin ditambah pula dengan angin kuat tidak sesuai untuk aktiviti di kawasan tebing laut.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Baca Tips Melancong Ke Eropah di sini. Klik di sini.


12 comments:

  1. info yang menarik...
    Salam perkenalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq.. salam perkenalan juga dari saya

      Delete
  2. Wahh memang cantik lah.. Bilalah ada rezeki nak pergi sana huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah satu hari nanti.. Ireland memang cantik..sesuai utk rehat2 minda..

      Delete
  3. Tak sabarnya nak pergi Ireland. Tapi saya pergi musim sejuk, sedih pulak. Terima kasih atas perkongsian, susah juga nak jumpa perkongsian orang Malaysia tentang bercuti di Ireland ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau musim sejuk.. memang terhad sikit lah tempat yang boleh pergi atas faktor cuaca dengan masa. Tapi takpe.. susun betul2 itinerari tu.. cari tempat2 yang best2 je..hehe

      Delete
  4. Assalamualaikum. Upcoming roadtrip plan sy dan suami is Ireland, tapi kami plan nk cover 1/3 je. from Dublin-Cavan-Donegal-Londomderry-belfast-Dundalk-Dublin. Suami dan sy sama2 nature-lover.
    planned date is 26April-6May2017. setahu sy, tarikh tu dah hujung spring n nk masuk summer. mcmane weather ye? dingin or dah mula panas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah. akhir april awal may cuaca masih sejuk. belum mula summer. Kena pakai juga jacket.

      Delete
  5. Yess Irealand mmg tempat menarik untuk di lawati. . orang Irish baik2 n mesra senyum.. Negara bersih n selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Tp skg mcm2 juga yg dah berlaku. Sentiasa kena hati2..

      Delete
  6. Info yg menarik...tq2 tp hr tu ke ireland ada singgah d mana2 negara euro dulu ke atau direct terus ke ireland

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari Malaysia boleh transit dlu Di Dubai atau turki atau Abu Dhabi. Boleh juga transit Di Paris atau London atau Amsterdam.

      Delete

Back to Top