13 June 2016

Homemade Ice cream ala Nur Yusuf

Hai.. Entri kali ini saya nak kongsi cara-cara buat aiskrim sendiri di rumah. Dua ciri yang saya pentingkan adalah - No added artificial flavor dan  All natural.  Aiskrim yang saya buat ini jenis aiskrim lembut. Sangat sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut ketika berbuka puasa.  Aiskrim yang ingin saya buat ialah aiskrim strawberry.

Homemade Strawberry Ice-cream

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) 3 cawan buah strawberry beku (wajib beku)
2) 250 ml Whipped cream ( krim yang telah diputar kembang)
3) 250ml Fresh milk
4) 7 sudu besar madu. Kalau ingin lebih manis boleh tambah. Jika ingin kurang manis, kurangkan sukatan.

Saya memang sengaja tidak letak gula. Jadi saya guna madu sebagai agen pemanis aiskrim.

Kalau resepi biasa yang dikongsi oleh rakan-rakan saya mesti ada telur. Dalam resepi ini saya tak guna telur sebab tak lalu nak makan telur yang tidak dimasak dahulu. Kalau beli aiskrim di luar memang saya makan saja. Tapi sebab buat sendiri saya tak lalu! Hahaha. 

Caranya membuat aiskrim:

Kisar buah strawberryFresh milk dan madu. Kemudian masukkan krim yang telah diputar (whipped cream). Kisar lagi sehingga kesemuanya sebati. Tuang ke dalam bekas. Bekukan. Insyaallah lembut..

Tips

Kalau ada ice cream maker. Lebih lembut tekstur aiskrim tu nanti. Tips saya sendiri untuk lembutkan aiskrim:

1) Kena pakai whipped cream
2) Pastikan suhu adunan aiskrim tu sangat sangat sejuk sebelum dibekukan

Apa yang akan saya buat untuk pastikan suhu adunan ini sejuk adalah guna buah yang dibekukan terlebih dahulu. Contoh buah yang biasa saya guna ialah strawberry, tembikai dan tembikai susu.

Kalau guna blueberry, rapsberry dan anggur, buah-buah ini kurang air. So adunan akan jadi kurang sejuk semasa kita kisar nanti. Aiskrim pula akan keras dan kasar sedikit teksturnya. Tapi apa yang akan saya buat adalah bekukan 250ml fresh milk. Jadikan ketul ais kemudian kisar bersama rapsberry dan madu. Kemudian baru saya campur whipped cream. Cara ini dapat merendahkan suhu adunan. 

Tips lain untuk dapatkan aiskrim yang lembut adalah apabila aiskrim hampir-hampir beku, keluarkan adunan aiskrim dari peti ais dan kisar. Macam nak buat ice blended. Kemudian masuk semula ke dalam bekas. Bekukan.

Cara-cara diatas saya buat sebab tak ada ice cream maker. So saya cuba dapatkan konsep ice cream maker.

Nak tengok hasil aiskrim? 


Inilah aiskrim ala Nur Yusuf! Saya letakkan dalam bekas kecil mudah untuk anak-anak makan. Selamat mencuba!

Untuk resepi Homemade Rapsberry swirl vanilla ice cream sila klik di sini (klik)

1 comment:

Back to Top