1 June 2016

Germany.. Jom!

Hai! Entri kali ini saya nak sembang-sembang sikit tentang negara Jerman/Germany. Almaklum sementara mood Germany masih ada. Saya ni jenis belajar melalui pengalaman. Dah nampak, dengar, lihat atau rasa sendiri.. baru saya komen!

Bahasa

Dalam misi jelajah Eropah kami, sewaktu di Frankfurt, saya sempat berbual dengan tuan rumah Airbnb tempat kami bermalam. Warganegara Bangladesh yang sudah berbelas tahun bekerja sebagai engineer di Frankfurt. Rupanya orang Jerman tidak banyak beza dengan orang Malaysia. Mereka juga seperti kita yang mendaulatkan bahasa ibunda. Segala signboard waima plastik bungkus makanan pun dalam bahasa Jerman. Memang kena standby goole translate selalu. Bahasa Jerman merupakan bahasa utama yang dituturkan di Germany. Jika anda menetap dan bekerja di Germany, anda perlu fasih berbahasa Jerman. Ya seperti orang luar yang bekerja di Malaysia, rata-rata boleh berbahasa melayu. Bahasa lain yang dituturkan di Germany ialah French dan English. Dan kebanyakan yang boleh bertutur 3 bahasa ini ialah golongan muda, mereka yang terpelajar dan yang bekerja. Golongan senior di sana hanya bertutur dalam bahasa Jerman.


Faham?


Nazi
Memerintah sejak 1933 sehingga 1945. Diketuai oleh Adolf Hitler di bawah parti NSDAP - National-Socialist German Workers' Party. Saya fikir orang Jerman sangat bangga dengan Nazi. Puas juga mencari statue atau apa-apa tinggalan Nazi, yang saya temui cuma Holocaust memorial di Berlin. Rupa-rupanya sebilangan besar orang Jerman menganggap zaman pemerintahan nazi ialah 'zaman hitam' mereka. Macam-macam peristiwa besar berlaku sepanjang pemerintahan Nazi antaranya Genocide - penghapusan etnik Yahudi.


Turki
Mengapa saya point out Turki di sini? Selain daripada orang Jerman anda akan temui ramai.. ya terlalu ramai orang Turki yang sudah lama bermastautin di Germany. Kebanyakan mereka mempunyai bisnis sendiri seperti restoren, kedai baju, kedai cenderamata. Berapa ramai orang turki di Germany? - Sehinggakan anda tidak perlu ke Turki untuk melihat orang Turki dan makan masakan Turki.

Doner box - Sesuai untuk lunch dan dinner. Dalam kotak yang mudah dibawa. Harga juga murah sekitar Eur 3.50 - Eur 4.50. Nyummm!!

U bahn dan S Bahn

Terma U Bahn dan S Bahn digunakan untuk perkhidmatan awam di Germany. U Bahn atau underground subway adalah perkhidmatan tram atau bas bawah tanah. S Bahn pula adalah perkhidmatan keretapi yang landasannya di atas tanah. Ada beberapa stesyen yang membolehkan anda bertukar perkhidmatan U Bahn ke S Bahn dan sebaliknya. Perkhidmatan pengangkitan awam di Germany memang terbaik! Merata tempat ada kemudahan tram dan bas. Jadual perjalanan juga jarang yang tertunda. Di semua stesyen U Bahn tidak ada kaunter tiket. Anda hanya perlu beli tiket di mesin tiket yang disediakan. Harga tiket adalah mengikut bilangan hari dan juga zon. Jangan lupa untuk validate tiket sebelum anda menaiki perkhidmatan ini di mesin yang disediakan. Perkhidmatan keretapi (U Bahn dan S Bahn) beroperasi sehingga pukul 1 pagi (Isnin-Jumaat). Namun perkhidmatan bas ada sepanjang malam sehingga pagi. Hujung minggu pula perkhidmatan keretapi sepanjang malam setiap 15 minit.

Mesin validasi tiket

Zon di Berlin

Berlin di bahagi kepada beberapa zon. A, B dan C. Zon A, B ,C ini digunakan untuk merujuk jenis perkhidmatan awam yang melalui zon-zon tersebut.




Bratwurst
Orang Jerman suka makan sosej yang dinamakan Bratwurst. Brastwurst merupakan sosej daging lembu yang bercampur dengan pork. Agak susah mencari Bratwurst halal di Germany kecuali di beberapa tempat. Walaupun di restoren Turki yang menyajikan hidangan Halal. Apabila ditanya, jawapan mereka "All Halal except Bratwurst". Kerana menurut cerita orang-orang Jerman yang saya jumpa, Bratwurst tidak enak rasanya jika tidak dicampur pork. So kalau anda ingin mencari Bratwurst Halal, saya cadangkan ke Hannover. Di restoren Turki - Frittenbox. Pengaruh kuat dari budaya masyarakat Turki menghasilkan fusion food Germany-Turki iaitu Currywurst. Currywurst Halal juga boleh di dapati di Frittenbox. Jika anda di Berlin, boleh ke kawasan Cem's Burger. Namun kawasan tersebut sedikit menakutkan pada malam hari.

Currywurst

Sticker 
Jika anda ingin memandu di Germany, pastikan kereta yang di sewa mempunyai sticker hijau.  Ada 3 warna sticker. Merah, Kuning, Hijau. Mostly semua kawasan di Germany sudah berada di bawah Green Zone. Hanya sticker hijau sahaja dibenarkan masuk ke dalam kawasan Green zone ini. Tips memandu di Germany boleh baca di sini. (KLIK)


Bebas tol
Yang paling best memandu di Germany adalah percuma! Ya, tiada bayaran tol dikenakan. Memandulah sejauh mana yang anda suka!


No Speed limit???
Woa... tunggu dulu! Memang di autobahn ada beberapa tempat yang tiada had laju. Namun ada juga tempat yang ada had laju. 130km/h, 120km/h, 100km/h.. sila perhati had laju yang tertera di kiri kanan jalan. Jika anda memandu dari Berlin ke Dortmund, seterusnya Hannover, Cologne dan Luxembourg.. anda perlu berhati-hati. Speed trap merata-rata. Yes kami dapat satu surat cinta dari polis Germany. Nak tengok?? hahaha.. Eur 20 saman dikenakan jika tidak mematuhi had laju.




Secara keseluruhan, Germany memang best. Cukup lengkap dengan sejarah. Teknologi terkini. Hutan yang masih terpelihara. Bangunan yang cantik. Makanan Halal yang mudah dicari. Buah-buhan yang murah. Eh, jom tempah tiket!



sumber:Google

Anda perlukan khidmat penyediaan itinerari? Boleh hubungi kami. OK?


No comments:

Post a Comment

Back to Top