23 June 2016

Durian Cheese Cake.. Alahai...

Ehem.. entri kali ini saya nak kongsi resepi fusion food. Asia dan Eropah. Saya pasti ramai yang suka makan keju. Betul tak? Kerana bila saya belek-belek instagram, ramai yang kongsi Pisang cheese! Wah.. kita sekarang dah gemar makan keju ya. Orang kita ni memang bagus. Semua perkara kita cuba. Tiga tahun saya di sini sedar tak sedar terlepas banyak resepi-resepi baru yang muncul! Banyak yang saya tertinggal. 


Semalam kawan-kawan di group whatsapp ada kongsi lokasi durian murah-murah di Malaysia. Teringin betul nak makan durian segar ni! Di Ireland, ada juga durian. Kalau yang siap kupas kulit, pek dalam bekas lebih kurang 400g harganya Eur 8. Bolehlah. Durian beku. Tapi tetap sedap! Kalau yang masih berkulit harganya lebih mahal. Eur 30 - Eur 40 sebiji. Jadi saya biasanya beli yang dalam bekas sahaja.



Orang Malaysia kebanyakannya memang 'hantu durian'. Sekarang ini ramai pula yang suka makan cheese. Jadi hari ini saya nak kongsi satu resepi kegemaran ramai... kek keju durian atau Durian Cheese Cake. 

Bahan-bahannya:

Untuk kek:

10 ulas durian manis (asingkan biji. Hancurkan guna hand blender)
900 g cream cheese (kalau nak kurang pun boleh tapi nanti keknya rendah saja)
200 ml whipping cream
1 1/2 cawan gula kastor
5 biji telur

Untuk crust:

170g biskut rich tea atau biskut marie
2 sudu besar mentega dicairkan

Untuk topping:

100g cream cheese
30ml whipping cream
(Untuk topping putar saja cream cheese dan whipping cream sekali)


Kaedah:

1) Kisar biskut sehingga hancur. Saya gunakan food processor untuk lebih mudah. Kemudian tuang mentega cair ke dalam serbuk biskut. Gaul sebati.



2) Rata dan padatkan serbuk biskut ini di dalam loyang pembakar. Loyang (saya guna spring-foam yang boleh tanggal bahagian tepinya) dilapisi aluminium foil di bahagian bawah untuk bakar guna teknik water bath. 4 lapisan aluminium foil. Didihkan air. Panaskan oven 170 darjah celsius.




3) Putar cheese bersama durian. Dalam bekas lain putar krim. Kemudian masukkan krim ke dalam bekas berisi cheese dan durian. Gaul sebati kaedah kaup balik.Tuang adunan ke dalam loyang. Masuk ke dalam oven, bakar guna teknik water bath. Api atas bawah. Suhu 170 darjah celsius selama 1 jam 30 minit atau sehingga kekuningan.

4) Apabila sudah masak, permukaan atas kek memang akan cair sedikit. Tidak perlu cucuk dengan lidi. Nampak kekuningan itu tandanya. Keluarkan dari oven. Tuang topping. Masukkan dalam peti sejuk semalaman. Sedia untuk dihidang!

Untuk lebih cantik hiaskan dengan sos karamel. Saya buat kosong sahaja. Kalu letak sos karamel boleh tutup cacat cela. Hahaha



Rupa kek setelah dipotong


Selamat mencuba! Baca cara-cara membuat aiskrim sendiri di rumah. Klik di sini. 


6 comments:

  1. Sedapnya ... Nanti boleh cuba. Tapi kena buat lepas raya. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bulan puasa susahla nak abis.haha

      Delete
  2. Alahai terliuqqqnya... ss mmg suka durian

    ReplyDelete
  3. amboiii sedapnya... errm... suka durian..

    www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  4. Aduhh .... nampak sedap. sponge gebu!

    ReplyDelete

Back to Top