12 April 2016

Jalan-jalan cari makan di Germany

Makan-makan di Germany?

Sebelum melancong ke Germany, kami sudah senaraikan beberapa makanan orang German yang ingin dicuba antaranya ialah:

1) Bretzel
2) Bratwurst
3) Currywurst
4) Blackforest cake
5) Sauerkraut

Namun dalam misi ini, ada yang mencapai matlamat.. ada yang tidak! Hahaha.. Tapi ada banyak juga makanan baru yang kami jumpa di Germany. Mari kita tengok satu persatu.


  Misi 1: Bretzel

Pretzel atau dalam bahasa German dikenali sebagai 'Bretzel'. Pretzel asalnya dari Germany. Jadi kita mesti cuba rasa resepi asli orang-orang German. Ada pelbagai jenis pretzel dijual di Germany. Pretzel yang dijual di sini lebih keras dan liat berbanding yang dijual di Malaysia. Tapi rasanya memang ini citarasa orang eropah sebab pretzel yang dibeli di Ireland dan London juga keras begini.

Nota: Misi berjaya!






Misi 2: Bratwurst

Bratwurst ialah sosej. Sosej panggang memang terkenal di Germany.  Boleh cari di restoran-restoran Turki di Germany ataupun di kiosk-kiosk Halal/Helal yang terletak di tepi jalan. Rasa Bratwurst ini sama seperti rasa sosej di Malaysia. 

Nota: Misi berjaya!






Misi 3: Currywurst

Dengar nama macam sedap saja kan? Currywurst amat popular di Germany. Khabarnya currywurst merupakan sejenis makanan fusion Germany dan Turki. Mungkin kerana orang-orang Turki mendominasi perniagaan makanan di Germany. Currywurst sebernarnya ialah Bratwurst panggang yang di potong. Kemudian disira sejenis kuah merah (rasa seperti sos cili dan paprika). Kemudian ditabur serbuk kari. Jadilah currywurst! Currywurst lazimnya mengandungi daging babi/pork/Schweinefleisch. Jika anda teringin untuk makan currywurst halal, boleh singgah di Fritten Box yang terletak di Hannover. Alamatnya Frittenbox, Lange Laube 1A, Hannover, Germany 

Nota: Misi berjaya! 






Misi 4: Blackforest cake

Black forest ialah hutan terbesar di Germany. Manakala Blackforest cake ialah kek kegemaran saya! Hahaha. Dalam bahasa German dikenali dengan nama Schwarzwälderkirschtorte yang bermaksud Black Forest Cherry Torte atau Gateau. Apa yang pelik, katanya Blackforest kek asal dari Germany. Tetapi bila singgah di bakeri-bakeri, langsung tidak menjumpai kek ini. Malah kek lain pula yang banyak. Persoalannya, benarkah Blackforest cake berasal dari Germany???

Nota: Misi tidak berjaya.. oklah, di Malaysia pun ada kan. Kan?





Misi 5: Sauerkraut

Sauerkraut memang popular di kalangan penggemar makanan sihat. Kami ada menjumpai sauerkraut di Viktualienmarkt, namun tidak membelinya. Sauerkraut merupakan kobis yang diperam. Sama seperti kimchi. Cuma warnanya putih. Sauerkraut sejenis makanan yang mengandungi probiotik dan baik untuk usus. Kenapa tidak beli ya? Sebab kami ingat boleh jumpa lagi ditempat lain, tapi selepas itu sudah tidak jumpa. Tidak ada rezeki nak rasa Sauerkraut kali pada kali ini.

Nota: Misi tidak berjaya.. huwaaaaa!




Misi JJCM kami di Germany berhasil menemui:


1) Asparagus putih

Selalunya yang kita jumpa di pasaraya ialah Asparagus hijau. Jarang terjumpa yang warna putih kan? Di Germany, Asparagus putih ini hanya ada pada musim bunga. Beza antara Asparagus putih dan Asparagus hijau ialah Asparagus putih ditanam di dalam tanah.






2) Telur ayam berwarna-warni

Nampak cantik bukan? Tidak pernah kami jumpa telur yang berwarna-warni begini. Apa beza telur ayam biasa dengan telur yang berwarna?  Telur ayam yang berwarna-warni ini sebenarnya telur yang telah direbus manakala telur ayam yang berwarna putih dan yang berwarna asli ialah telur mentah. Lazimnya telur berwarna-warni ini dijual menjelang perayaan Easter di Germany.
 







3) Jus buah asli campuran yang umph!

Oleh kerana suhu sekitar yang sejuk, maka jus buah ini tidak perlu dicampur ais. Rasa buah-buahan yang dicampur untuk menghasilkan rasa baru yang sedap! Eksotik kan? Harganya Eur 2.50 untuk 200ml.






4) Doner box

Doner box memang jadi favourite kami semasa di Germany. Harganya sekitar Eur 3.50 - Eru 4.50. Memang kenyang! Isi dalam Doner box ialah daging kambing biri-biri/lamb yang dihiris nipis. Dicampur salad, tomato, jeruk timun. Dicampur fries/pommes yang telah digoreng.Ada mayonis. Ada sos thousand island.








5) Kofta Turki

Kofta banyak terdapat di restoran-restoran Turki di Germany. Rasanya sedap. Dihidangkan bersama kentang goreng atau nasi. Harganya sekitar Eur 8.90 sehingga Eur 9.90 sepinggan.








6) Kunafeh

Kunafeh juga dikenali sebagai kunafah. Kunafeh merupakan manisan orang Turki. Menggunakan kataifi sebagai bahan utama dalam manisan ini. Rasanya seperti bihun kering yang dipanggang. Ada keju mozarela di bawah bihun tersebut. Dan disiram dengan sirap rose. Wangi dan manis-manis buah rasanya. Harganya Eur 5.50 hingga Eur 9.90 mengikut saiz hidangan. Kunafeh dihidang panas.








7) Buah Tin segar

Buah Tin atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Fig manakala dalam bahasa German pula dipanggil Feigen. Lazimnya buah Tin ini dijual kering. Agak sukar mencari yang segar. Dalam gambar ada buah Blueberry, Strawberry, Anggur merah, buah pisang kaki/Persimon (yang berwarna kuning) dan 2 biji buah Tin. Rasa buah Tin ini manis, tawar dan agak sedikit kelat. Lembut, banyak biji-biji kecil dan berwarna merah muda di bahagian biji-biji kecilnya. Buah Tin ini dijual dengan harga Eur 0.99 sebiji.







8) Chocolate dessert


Minuman coklat ais yang ditambah 2 ceduk aiskrim vanilla dan ditabur coklat Lindt kami minum di Winterterrasse Cafe di Cologne Chocolate Museum. Rasa air coklatnya memang sedap! Chocolate mousse cake dan kek coklat berlapis yang menjadi pilihan pelanggan di sini memang terbaik! Buat penggemar coklat, anda wajib ke sini. 





Jika anda berkunjung ke Germany.. jangan lupa cari semua ini!!


Baca tips melancong ke eropah di sini (Klik)


No comments:

Post a Comment

Back to Top