19 April 2016

Catatan Perjalanan - Vienna, Austria

Itinerari Vienna

Kami tiba di Vienna lebih kurang pukul 9.00 malam. Kami makan malam dahulu di Kent Restaurant sebelum ke Austria Trend Hotel Bosei tempat kami bermalam.

Kent Restaurant pemiliknya ialah orang Turki. Restoren ini menyajikan makanan halal dengan harga standard eropah. Memang sedap masakannya. Kami cuba set Kofta dan Kunafeh. 

Kofta. Harganya Eur 9.90. Sedap!


Restoren Turki Halal

Di Vienna, kami jalan-jalan pusing bandar sambil bergambar di beberapa tempat tertentu. Kebanyakan kedai dan pasar (markt) tutup pada hari ini kerana cuti umum - Easter. Rugi juga rasanya kerana pada awalnya kami rancang untuk pergi ke Vienna Naschmarkt tetapi tidak kesampaian kerana tutup. Tiada maklumat berkenaan penutupan pasar-pasar tersebut sempena Easter di internet.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
8.30 pagi: Sarapan pagi di Austria Trend Hotel Bosei

Hotel tempat kami menginap

9.30 pagi: Bertolak ke Schönbrunn Palace

Schönbrunn Palace merupakan World Cultural Heritage site yang dibina 300 tahun dahulu. Schönbrunn bermaksud 'Beautiful spring'.

Schönbrunn Palace

Di perkarangan Schönbrunn Palace


Easter markt di perkarangan Schönbrunn Palace menjual pelbagai produk yang dihasilkan sendiri oleh penduduk tempatan.


Easter market - tema semestinya telur dan bunny!

Antara seni kayu penduduk tempatan yang dijual di sini

Bretzel atau Pretzel - asal dari Germany

Kraftangan yang kreatif

10.30 pagi: Bertolak ke Burgtheater / Rathaus / Austrian Parliament Building / Reiterstandbild Erzherzog Karl  - singgah sebentar di Secession building.

Secession

Secession merupakan bangunan yang dibina khas untuk menyimpan dan mempamerkan hasil seni golongan pelukis/karyawan yang telah meninggalkan Association of Austrian Artists kerana ingin mencipta dan memperjuangkan hasil seni yang baru dan bebas dari pengaruh sejarah. Bangunan ini dibina pada tahun 1897. Di atas pintu masuk diletakkan ungkapan 'Der Zeit Ihre Kunst. Der Kunst Ihre Freiheit'. yang bermaksud 'Untuk setiap zaman seni. Untuk setiap seni kebebasannya'. Kami tidak melawat ke sini, cuma lalu sahaja.

Bangunan secession

11.00 pagi: Parking dan berjalan kaki di kawasan Burgtheater / Rathaus / Austrian Parliament Building / Reiterstandbild Erzherzog Karl

Bergambar di Austrian Parliament...

Austrian Parliament


Bangunan di eropah kebanyakannya bertiang besar


Austrian Parliament dari jauh

Bergambar di sekitar Rathaus...

Rathaus
Rathaus Park


Duduk ambil angin di Rathaus Park

Awal musim bunga. Pokok masih tidak berdaun.

Di sekitar Burgtheater...

Burgtheater

Berlatarbelakang Burgtheater

Di sekitar kawasan  Reiterstandbild Erzherzog Karl


Anatara daya penarik di sini - kereta kuda

3.00 petang: Singgah makan di Denis Restaurant yang terletak di Haltestelle. Di kawasan ini terdapat banyak gerai orang Turki yang menjual makanan halal tetapi sayangnya tutup pada hari tersebut.

Tutup - Easter day

4.00 petang: Menyusuri tebing Danube River

Danube river merupakan sungai kedua terpanjang di Eropah. Sungai ini mengalir melalui 16 buah bandar besar (Budapest, Vienna, Belgrade, Bratislava, Ulm, Linz, Regensburg, Novi Sad, Ingolstadt, Ruse, Gyor, Esztergom, Vukovar, Zemun, Pancevo dan Sremski Karlovci) dalam 10 buah negara iaitu Austria, Romania, Bulgaria, Slovakia, Hungary, Ukraine, Croatia, Germany, Serbia dan Moldova.


Pemandangan Danube River

Berada di bawah jambatan

Tempat menunggu bot






Vienna? Checked! Jumpa lagi di catatan seterusnya... Prague!





No comments:

Post a Comment

Back to Top