8 April 2016

Catatan Perjalanan - Munich, Germany (Allianz Arena)

Untuk baca itinerari lengkap di Munich, sila klik di sini (klik)


(Disclaimer: Penulis ialah seorang wanita yang jiwanya bukan di arena bola sepak..hahaha)

Allianz Arena merupakan homeground bagi pasukan Bayern Munich. Stadium seluas  66 500 meter persegi ini mampu memuatkan lebih 70 000 penonton.  Bayaran parking untuk masuk ke dalam kawasan stadium ini ialah Eur 5 bagi satu kereta untuk hari biasa. Pada waktu berlangsungnya perlawanan bayaran masuk parking bagi satu kereta pula ialah Eur 15. 

Stadium ini tampak unik berbanding dengan stadium-stadium lain di eropah. Rekabentuknya yang moden ini ilham dari Jaques Herzog dan Pierre de Meuron. Apa yang menarik tentang stadium ini adalah apabila berlangsungnya perlawanan, warna silver stadium akan bertukar kepada warna merah seperti dalam gambar.

Sumber: https://www.allianz-arena.de/en/

Pada mulanya kami merancang untuk ikut stadium tour tetapi memandangkan tiket habis dijual, jadi kami pusing-pusing luar stadium sahaja dan singgah di Fan shop. 







Bergambar di studio Fan shop. Untuk sekeping gambar harganya Eur 8. Pilih background dan pemain bola yang kita minat.



Allianz arena - checked! Misi di Munich selesai. Jumpa lagi di entri seterusnya. Salzburg.


No comments:

Post a Comment

Back to Top