27 April 2016

Catatan Perjalanan - Hannover, Germany

Sepanjang perjalanan di Germany, memang banyak kincir angin moden dibina di tepi-tepi autobahn (highway). Sewaktu dalam perjalanan ke Hannover dari Berlin, kami melalui beberapa kawasan kincir angin. Kincir angin merupakan salah satu cara penjanaan kuasa elektrik menggunakan tenaga angin. 

Barisan kincir angin


Currywurst

Tujuan utama kami singgah di Hannover untuk mencari Currywurst. Currywurst merupakan signature dish di Germany. Rata-rata Currywurst yang dijual tidak Halal malah bercampur dengan pork. Kami cuba mencari Currywurst Halal di Frankfurt, Munich dan Berlin namun semuanya bercampur pork. 

Sehinggalah kami jumpa satu kedai yang terletak di Lange Laube 1A, Hannover. Pemilik kedai berasal dari Turki. Sewaktu kami tiba di situ, ada satu keluarga islam dari Indonesia yang menetap di Hannover sudah berbelas tahun. Kami sempat berkenalan dengan mereka. 


Frittenbox - untuk yang ingin merasa Currywurst dan Bratwurst Halal

Memang kami akan study dahulu tempat makan dan juga signature dish sesebuah negara sebelum kami tiba di tempat tersebut. Iyalah kan, alang-alang sampai, teringin juga merasai makanan popular orang tempatan selain melihat ragam, budaya, tinggalan sejarah dan kemajuan teknologi negara yang dikunjungi.


Senarai menu dan harga
Bratwurst Halal

Kami biasa bertanyakan kepada pekedai sama ada currywurst tersebut halal atau tidak walaupun kami singgah di kedai Turki dan ada tertera Helal/Halal di luar kedai. Kebiasaannya, makanan yang lain halal kecuali currywurst kerana resepi tempatan untuk membuat sosej yang sedap mesti dicampur pork. 

Sewaktu kami tiba di Frittenbox, walaupun kami tahu kedai ini famous dengan currywurst Halal, seperti biasa kami akan bertanya sama ada mengandungi pork atau tidak? Dan jawapan pemilik Frittenbox.. "InsyaAllah Halal, Brother," sambil mengangguk dan mempelawa kami masuk dengan ramah. 

Nak tengok rupa Currywurst yang kami cari serata Germany??? Inilah rupanya!

Ngeces tak? Ahahaha...

Apa itu Currywurst?

- Sosej (Bratwurst) yang dipanggang. Kemudiannya dipotong kecil. Dicampur kuah khas (manis, masam, pedas) dan ditabur serbuk kari. Dihidang bersama pommes (kentang goreng).

Bagaimana rasa Currywurst?

- Ok. Rasa sosej. Seperti sosej biasa yang kita makan. Cuma saiz sosejnya besar. Kuah ada rasa paprika, ada rasa masam, ada rasa pedas. Dapat bayangkan tak? 

Selain Currywurst kami cuba juga set burger yang berharga EUR 8.90. Rasa burger ini biasa seperti di restoren lain juga di eropah. Tetapi jika pertama kali berkunjung ke eropah, anda harus mencuba set burger. Daging burger nya memang sedap. Juicy. Cuma rotinya agak keras.



Alhamdulillah, dapat juga merasa Currywurst. Perut kenyang. Kami teruskan perjalanan ke Dortmund. Sebelum itu, kita ronda-ronda pusing bandar.

Semua signboard dalam bahasa Jerman


Hati-hati memandu dalam kawasan bandar di Hannover. Had laju hanya 50 km/j sahaja. Kami dapat surat saman satu di sini kerana memandu  63 km/j.

Pemandangan biasa di Germany - kabel berselirat di langit


Sculpture di bawah dipanggil - Nanas. Direka oleh Nicki de Saint Phalle. Banyak terdapat di sekitar Hannover. Malah ada taman khas menempatkan berpuluh-puluh patung ini. Kami tidak singgah ke taman ini kerana Nanas merupakan patung yang mengukir bentuk tubuh badan manusia. Ya, semua bentuk ok? Jadi kami tidak singgah. Walaupun ianya simbol bagi Hannover. Cukuplah ambil gambar tepi patung sahaja untuk info entri blog.

Rekabentuk tubuh badan manusia

HDI Arena - stadium lagi!


Daffodil.. bunga kuning cantik. Daffodil dan musim bunga (Spring) memang tidak boleh dipisahkan. Ingin lihat Daffodil mekar? Berkunjunglah ke eropah. Merata di tanam Daffodil.




Banyak tempat menarik di Hannover. Cuma kami tidak punya masa yang lama. Selamat tinggal Hannover..  Kita jumpa di Dortmund.







No comments:

Post a Comment

Back to Top