6 April 2016

Catatan Perjalanan - Frankfurt, Germany


Itinerari Frankfurt

9.00 pagi: Tiba di Romerberg
10.00 pagi: Jalan kaki ke Hauptwache cafe
10.40 pagi: Jalan kaki pusing-pusing Frankfurt city
12.00 tengahari: Bertolak ke Porsche museum di Stuttgart

Kami checked out lebih kurang pukul 8.30 pagi kemudian bertolak ke Frankfurt city. Jarak perjalanan dari Langen ke Franfurt city sejauh 20 km. Destinasi pertama kami di Frankfurt ialah Romerberg. 

Romerberg

Romerberg terkenal dengan jolokan nama 'The historic heart of Frankfurt' berada ditengah-tengah bandar lama Frankfurt (OldTown atau dalam bahasa German disebut Altstadt). Beberapa minggu sebelum perayaan Krismas, kawasan ini sesak dengan orang ramai yang membeli belah di Christmas Market.

 


Antara bangunan bersejarah yang terdapat di Romerberg ialah Old St.Nicholas church, Historical museum, Romer medieval building, Frankfurt cathedral dan Dom-Romer Project.


 
 






Hauptwache cafe

Selesai jalan-jalan di sekitar Romerberg kami ke Hauptwache cafe. Hauptwache cafe terletak 10 hingga 15 minit jalan kaki dari Romerberg. Bangunan gaya Baroque ini dibina sekitar tahun 1730. Banyak sejarah tersimpan di sini. Ia pernah berfungsi sebagai penjara dan pernah juga menjadi ibu pejabat polis. Pada tahun 1904, bangunan ini digunakan sebagai cafe dan kekal fungsinya sehingga kini. 
Hauptwache cafe tutup sebab cuti Easter

Pusing-pusing sekitar Frankfurt city untuk melihat keadaan sekeliling. Banyak golongan gelandangan di kawasan bandar. Mereka tidur di kaki lima bangunan, penuh barang-barang bersusun. Gambar tidak disertakan atas sebab-sebab tertentu. 


Terfikir juga asal nama frankfurter atau biasa kita sebut sosej. Adakah frankfurter berasal dari Frankfurt? Germany memang terkenal dengan frankfurter yang mereka panggil dengan nama Bratwurst.



 

Jumpa lagi di destinasi seterusnya...Stuttgart




No comments:

Post a Comment

Back to Top