13 January 2016

Meninjau tinggalan sejarah di Stonehenge

Stonehenge merupakan monumen prasejarah tinggalan manusia zaman Neolitik. Tapak Warisan Dunia ini terletak di Wiltshire, England. Masa perjalanan dari kota London ke Stonehenge mengambil masa lebih kurang dua jam setengah.

Hampir satu jam kami terperangkap dalam trafik. Begitu ramai pelancong yang ingin menuju ke sini.



Stonehenge terletak di kawasan padang rumput yang luas. 


Harga tiket untuk masuk ke kawasan Stonehenge



Beratur untuk membeli tiket


Selesai membeli tiket kami terus menaiki bas yang di sediakan untuk masuk ke kawasan Stonehenge. Kaunter tiket tutup pada pukul 3.00 petang kerana waktu ini musim sejuk. Matahari terbenam pukul 4.30 petang. Kami tiba di kaunter tepat pukul 3.00 petang. Ada rezeki untuk kami melawat batu-batu sejarah ini.


Inilah batu-batu purba yang dibina untuk tujuan yang tidak diketahui. Ianya masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.


Ada betulnya tindakan pihak bertanggungjawab memasang tali besi penghadang beberapa ratus meter dari monumen sejarah ini. Jika tidak sudah tentu tiada kelihatan batunya kerana mungkin ada pelancong yang gemar beraksi di atas batu dan juga yang suka menulis nama di batu.
































Tempat menunggu bas untuk kembali ke bangunan utama tadi.

Kedai cenderamata yang menjual pelbagai barangan yang berkaitan dengan tema Stonehenge.









Berhampiran dengan kedai cenderamata dibina replika rumah manusia zaman purba.












Model teknik mengalihkan batu besar menggunakan rod pengguling.





Jumpa lagi!


Baca tips melancong ke eropah di sini. (Klik)

No comments:

Post a Comment

Back to Top