2 November 2015

Kisahnya di musim luruh..



Apa yang syok tentang entri kali ini ialah kami nak kongsi tentang empat musim lain yang terdapat dalam musim luruh. Dengar pelik kan? Kebiasaannya, sebut saja musim luruh atau dalam Bahasa Inggeris nya AUTUMN mesti kita terbayang daun-daun pokok maple yang kemerah-merahan ataupun daun-daun kering yang bertaburan di jalan.. Kan?? Sebut-sebut pasal autumn.. alah teringat pula drama Korea Autumn in my heart.. (ambil tisu kesat mata dulu.. huhuhu). 

Ok, sebelum kita kenal musim-musim yang terdapat dalam musim luruh.. eloknya kita layan dahulu gambar-gambar pemandangan musim luruh yang kami rakam di sekitar kawasan Gary's castle yang terletak di Athlone, Ireland.














Kalau nak tahu, pada musim luruh bukan saja kita dapat tengok daun-daun berguguran. Malah lebih daripada itu. Ada beberapa musim lain lagi yang join together dengan musim luruh ini. Nak kongsi sikit apa yang menarik tentang musim ini (tak boleh dapat dalam musim-musim lain tau..) :

1) Musim epal: Untuk pengetahuan semua, musim memetik epal adalah hanya pada bulan oktober iaitu pada musim luruh.. so kalau rasa-rasa nak petik epal.. eh, datanglah eropah pada musim luruh ok. Tepat lagi end of october. Minggu orang putih sambut Halloween. Haa... tu masa sesuai nak petik epal yang ranummmm.....erm... juicy... delicious! (Klik sini untuk baca entri pengalaman petik epal kami)





2) Musim labah-labah: Autumn memang waktu labah-labah keluar. Memang banyak sarang labah-labah di merata tempat. Gambar di bawah dirakam di sekolah Ilman.





3) Musim labu: Labu yang oren tu.. alah pumpkin.. bukan butter squash tau.. haa.. waktu ini di kedai-kedai memang menjual labu secara besar-besaran.. tibanya malam Hallowen.. labu-labu ini diukir. Ada mata, mulut dan hidung. Dan diletakkan diluar rumah.. Kalau you all berkesempatan melawat eropah pada minggu Halloween.. jangan pula beli labu oren tu untuk buat dessert atau masak lemak ye.. Tak sedap. Dan tak manis. Tak macam labu di Malaysia. Kalau teringin sangat nak makan masak lemak labu ketika itu, bolehlah beli butternut squash. Rasanya sama seperti labu di Malaysia.. (eh! panjang bebenor cerita labunya...)


Ini labu yang aku ukir khas untuk Adam sempena National Pumpkin Day. Seronok Adam dapat pumpkin lantern. Asalnya nak ukir funny face (sepertimana permintaan Adam) tapi bila dah siap.. aku tak nampak 'lucu' di situ. Maaf anak. Salah ukir!








4) Musim hantu..........Shhhhh: Cakap sambil bisik-bisik saja ni. Musim ni banyak hantu. Hantunya merata-rata. Pelbagai rupa dan gaya. Boleh beli di kedai kalau nak. Kalau tak nak.. tunggu sahaja minggu Halloween. Maka hantu-hantu ini kita boleh jumpa di hadapan rumah dan di muka-muka pintu..


Hiasan Halloween di pasaraya




Cukuplah 4 musim yang ada dalam musim luruh. Eh ada apa lagi nak tambah? Kalau ada musim-musim lain dalam musim luruh yang kami terlepas pandang, bolehlah kongsi sama-sama di sini ya! 

Menarik kan musim luruh. Jom lah pakat-pakat beli tiket ke eropah musim luruh tahun depan.. sebab tahun ni dah hampir ke penghujungnya. So kumpul duit dari sekarang ye? Untuk persiapan ke eropah  nanti boleh rujuk entri kami Tips Melancong ke Eropah . Selamat bercuti!!!

Jangan lupa join kami di https://www.facebook.com/ssoffiya/ untuk update tentang perkara-perkara menarik dari benua eropah. Jumpa lagi!!



2 comments:

  1. Rupanya dalam musim luruh ada lg 4 sub-musim.....Perkongsian info yg menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... boleh dikatakan 'musim'lah!

      Delete

Back to Top