15 October 2015

Tempat-tempat menarik untuk dilawati di Netherlands/Belanda

Apabila melancong bersama anak-anak kecil, kita perlu fikirkan tempat-tempat yang sesuai untuk bawa kanak-kanak dan bayi kerana banyak tempat dan aktiviti yang tidak sesuai untuk mereka. Tetapi jika anda mahu melancong ke Netherlands/Belanda, tidak perlu risau kerana banyak tempat menarik yang sesuai untuk dikunjungi walaupun dengan anak-anak kecil.  

Di sini saya nak kongsi 8 buah tempat yang menarik dan sesuai untuk anda yang berkeluarga. Sila hadam betul-betul ya? Enjoy!

1) Taman bunga yang terletak di Keukenhof.



Taman bunga ini hanya dibuka pada musim bunga (Spring). Biasanya di pertengahan bulan Mac sehingga pertengahan bulan Mei. Segala maklumat berkenaan harga tiket, kemudahan yang disediakan dan tempahan tiket boleh layari laman web ini. Tiket Keukenhof.


2) Netherlands juga popular dengan Kincir yang boleh anda lihat di kawasan ladang dan juga di tepi lebuh raya. Jika ingin melihat kincir yang digunakan oleh rakyat Belanda sekitar abad ke 17 dan sebelum kincir moden digunakan bolehlah berkunjung ke Zaanse Schans.


Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berbasikal dan menaiki bot. Jangan lupa untuk membeli pelbagai jenis keju yang dijual. Kincir-kincir lama masih beroperasi untuk dipamerkan kepada pengunjung.


3) Makan seafood dan menunggu feri di Volendam. Ingin merasa keenakan seafood Volendam? Anda boleh bersiar-siar di pekan Volendam sambil menikmati makanan laut yang enak-enak. Sama ada ingin duduk makan di restoran ataupun beli dari food truck di kawasan tepi jeti. Jika ingin masak sendiri, boleh beli seafood yang murah-murah di pasaraya Deen.





4) Ingin melihat bagaimana terompah kayu dibuat? Anda berpeluang menyaksikan sendiri demo membuat terompah kayu/clog sambil melihat suasana perkampungan nelayan yang terletak di Marken.
                                                                                                    




5) Apabila melawat ke tanah belanda tidak sah jika tidak mengambil peluang ini untuk menyusuri terusan/canal di Amsterdam. Amsterdam memang terkenal dengan terusan air yang jernih dan tersusun. Anda boleh lihat terusan air di kiri kanan jalan sama ada di kawasan perkampungan mahupun di tengah bandar. 




6) Bergambar di tulisan I AMSTERDAM

Tulisan I AMSTERDAM  terdapat di beberapa buah tempat. Tetapi jika mahu pemandangan yang cantik untuk bergambar bolehlah ke Rijksmuseum.




7) Jika ingin melihat rumah kiub dan membeli  belah di pasar besar yang menjual pelbagai jenis barang, buah-buahan dan makanan silalah singgah di Rotterdam. Pelbagai jenis makanan laut dijual di pasar terbuka dan juga pasar dalam bangunan (Markthall) di sini. 






8) Untuk peminat bola sepak jangan lupa untuk berkunjung ke PSV Eindhoven yang terletak di Eindhoven dan juga Fayenoord Stadion yang terletak di Rotterdam untuk membeli jersey dan juga barang cenderamata yang lain.




Menarik tak? Apa tunggu lagi? Cepat-cepat tempah tiket dan penginapan di Netherlands. Ingin tips untuk persediaan melancong ke eropah? Boleh baca entri "Tips melancong ke eropah bersama anak-anak kecil". 

Like Fanpage https://www.facebook.com/ssoffiya/ kami di Facebook untuk update tempat-tempat menarik di benua eropah..

Selamat bercuti!!!



read more "

8 October 2015

Bingkisan Eiduladha 1436H

Hi! Di petang autumn yang cantik hari ini rasa nak kongsi cerita sambutan hari raya aidiladha beberapa minggu yang lepas. Hari raya aidiladha pada tahun ini jatuh pada hari Khamis. Rasanya sama seperti di Malaysia, betul tak? Tiada cuti umum, maklumlah di sini kami golongan minoriti. So, aktiviti harian berjalan seperti biasa.


Takbir raya tidak mendayu-dayu seperti di Malaysia. Takbirnya agak tegas. Seakan mengajak pergi berjuang!

Pagi itu Encek Z dan anak-anak pergi menunaikan solat sunat aidiladha di masjid kecil berdekatan dengan rumah kami. Usai solat Adam dan Ilman ke sekolah seperti biasa. Sementara kami...





Hahaha... kami bertiga pergi beraya ke rumah Duan dan Ita. Jiran baru di Athlone. Lebih kurang baru 2 minggu.

Dari kiri: Ita dan keluarganya
Tengah: Kak Julie dan abang Aji, anak-anak mereka juga di sekolah..hehe
Kanan hujung: Farah.. single uolsss... berkenan boleh contact I ok? Hahah..

Raya ketiga, hari sabtu... kami buat pula kenduri di kediaman kami.


Antara tetamu yang hadir awal..



Salah satu menu pada petang itu. Lamb BBQ. Yang bercucuk itu sate perut. 











Pencuci mulut kawan-kawan yang bawa. Hari itu sempat buat salad buah saja. Sebab kejar masa untuk perap setengah ekor kambing biri-biri dan yang selebihnya buat masak rendang hitam dan gulai. Mujur ada kak Julie tolong masak gulai kambing. Memang tak sempat. Tambahan Sarah demam pula.. Kelam kabut juga masak lewat malam tu, tapi Alhamdulillah sempat juga buat kuah tomyam untuk dimakan bersama bihun konon sebagai appetizer. Hehehe..

Pencuci mulut kawan-kawan yang bawa. Terima kasih banyak-banyak tau. Love you all! Tengok gambar-gambar makanan di bawah ni, rasa nak pantun pula.. dengarkanlah ya madah hamba..  hihihi


 Seri Muka nama diberi, 
Dibuat khas oleh kak Julie,
 Maya dan Ita seakan berjanji,
 Masing-masing bawa si Puding roti..

Hahaha.. masuk tak???

Puding roti Ita

Puding roti Maya



Kuih Keria dibuat oleh Ita. Rajin  kan? 

Apam berlauk. Kak Suzie yang buat ni. MasyaAllah. Superb! Rasa macam pau kari ayam. Tapi lagi sedap! Acaner tu??

Apam balik coklat oleh Kak Jihan. Jiran Athlone berasal dari Indonesia. Susah-susah saja kak Jihan Eh, tengok apam ni kan.. aku teringat yang kami terlupa nak bergambar dengan Pak Dani dan anak-anaknya.


Kek Pisang kak Lina yang memang walah!! lembut gebu wangi!! Sedap sangat. Sempat makan 2 potong saja. Licin habis!!

Bersama tuan kek Pisang.. maafkan dapur hamba yang agak tak teratur tu.. 


Cian budak kecik demam. Baru kebah pagi tu.. 

Hari itu kami sambut sekali ulangtahun kelahiran Ilman yang keempat. Empat tahun dah dia...









Ilman yang pilih kek tu. Katanya kek caterpilar..

Birthday boy yang pakai baju mickey mouse tu.. comel tak?





Tetamu dari Lucan. Keluarga Kak Ain dan Encik Ardy.


Dari Roscommon.. Kak Lina dan abang Mat

Wajah anak-anak syurga..


Dari Mullingar.. Kak Suzie dan Dr. Fazley

Jiran kami di Athlone dari Jakarta. Keluarga Pak Afrizal dan Maya.


Keluarga Kak Leni dan Dr. Hisham dari Galway


Bersama jiran di Athlone Farah dan Ali serta Iqbal dari Dublin


Bersama Kak Irma dan Abang Man dari Tuam

Bersama Nik dari Ballinasloe


Bersama keluarga Kak Jo dan Dr. Ayee dari Ballinasloe. Inilah Joayee penyumbang resepi dalam MyResepi. Sedap-sedap tau resepi kak Jo. 

Walaupun malam menjelang, kami masih bersejuk-sejukan di luar rumah untuk meneruskan aktiviti pelengkap 'raya'. Apalagi kalau bukan bermain bunga api. 





Terima kasih Nadiah dan Ezal. Sudi datang dari Galway.


Mak mak kalau borak... hahahaha

Terima kasih Jiran!! Keluarga Kak Julie+Abg Aji, Keluarga Ita dan Duan..


Terima kasih pada tetamu yang hadir bertandang ke rumah kami. Salam Aidiladha dari kami warga Malaysia di Ireland untuk semua rakyat Malaysia!!

Ingin baca pengalaman kami berpuasa selama 19 jam di Ireland? Klik di sini.


read more "
Back to Top