2 May 2015

..ANDAI BUMI TULIP TAKDIRKU..


Eceh.. Tajuk tak mengagak.. Hahaha.. ada sebab kenapa aku pilih tajuk drama ni di permulaan entri. Baca sampai habis.. nanti you all akan tahu.. ok? Kami tiba di Zaanse Schans lebih kurang pukul 10.30 pagi. Bayaran parking Eur 9/hari. Untuk jalan-jalan di dalam kawasan ini tiada bayaran dikenakan. Zaanse Schans merupakan sebuah kawasan yang menempatkan rumah kincir dan juga rumah kediaman yang dikumpul dari sekitar Zaanstreek sejak tahun 1961. Jika hendak melawat rumah kincir (mill) bayaran Eur 4 bagi dewasa manakala kanak-kanak Eur 2. Terdapat lapan buah kincir di sini mustardmill, tiga buah sawmill, dyemill dan tiga buah oilmill.








Kebetulan ada satu sesi pengambaran dari Malaysia. Mula-mula aku ingat orang buat video kahwin ke.. yelah.. prewedding tu. Tapi bila tengok 5,6 kali.. itu macam Wawa Zainal. Berbual dengan abang kru produksi drama bersiri ini bertajuk.. Andai Bumi Tulip Takdirku..


Menurut abang kru produksi tadi, pelakon lelaki itu ialah Keith Foo.











Sarah seronok terkedek-kedek berjalan..

Adam dan Ilman mood ke tasik pagi ini. Memang makan masa juga nak tunggu anak berdua ni 'panas enjin'






Biketaxi









Terdapat beberapa buah jeti awam di sekitar Zaanse Schans. Boleh gunakan maklumat di bawah jika ingin menggunakan perkhidmatan bot.

Havenkantoor/Harbour Office
Westkade 2, 1506 BA Zaandam
Tel. +31 (0)75 681 68 88
Fax. +31 (0)75-681 67 99
E-mail: havens@Zaanstad.nl








Pakcik Belanda sedang membaiki atap 


Cubaan untuk memegang salah satu bilah kincir. Berjaya tak?
 Jom kita jalan-jalan cari cenderahati..



Ada perkhidmatan menyewa basikal untuk bersiar-siar di perkampungan Zaanse Schans


Boleh juga bermalam di sini. Ada perkhidmatan B&B. Boleh rujuk entri kami tips melancong ke eropah untuk study apa itu B&B.

Perkhidmatan biketaxi. Available between 10-12 am dan 2-4 pm. Boleh hubungi no ini untuk maklumat lanjut
 0031-622503234 

Tertarik melihat bubu-bubu yang dipasang dalam air. Caranya sama seperti di Malaysia. Malah bubunya pun lebih kurang.. Mana orang Belanda belajar buat bubu?



Layan angin pagi di sekitar kawasan kampung..







Kampung ini memang dijaga rapi. Bersih.

Tengok airnya jernih...




Letak Sarah untuk posing dalam clog gergasi. Sekali dia panjat nak turun. Fuh! Selamat tak jatuh...

Penuh clog!

Team pembuat clog - terompah kayu
 Pelbagai bentuk dan corak clog. Ada yang kita tak sangka kayu rupanya..








Wow.. cantik! Swarovski!!

Banyak kegunaan clog ini selain daripada untuk dipakai. Boleh letak bunga. Letak pensil.



Tortila with cheese. Kami tak beli cheese bawa balik. So beli cheese yang boleh terus makan. Haha. Sedap juga cheese di sini. Ada dari susu kambing. Ada dari susu lembu. Lemak masin. Sedap.



Sampai sini sahaja cerita tentang Zaanse Schans..  tengok-tengok entri lain untuk koleksi gambar di:





No comments:

Post a Comment

Back to Top