2 May 2015

Eindhoven

Dua kali kami jejak di bumi Eindhoven. Kali pertama sewaktu mula-mula sampai mendarat di Airport di Eindhoven. Lepas ambil kereta sewa terus drive ke Paris. Memang hero lah Encek Z saya. Letih tau. 4 jam lebih Eindhoven to Paris.

Tengok luggage kami. Penuh... Memang tak boleh shopping banyak-banyak. Baju untuk kami berlima saja penuh beg. Belum campur hand luggage lagi tu.. huhu

Gambar-gambar di bawah dirakam waktu hari-hari akhir di Eindhoven. Masing-masing sudah keletihan. Tiba di Eindhoven pun menjelang lewat petang. Kami pusing-pusing bandar.






Singgah bergambar di PSV Eindhoven sebelum menjelangnya malam..



















Perut mula rasa lapar. Pusing-pusing cari restoran.





Akhirnya kami singgah di sini.



Pemilik restoran Pizza ini berasal dari Afghanistan. Sedap Pizza nya. Dohnya lembut macam pizza yang kami makan di Itali.



Selesai makan malam, pusing-pusing lagi bandar Eindhoven. Layan pemandangan di malam hari.


Pusat sains


Hotel tempat kami bermalam. Perlu bayar parking Eur 5. 
Semasa kami booked hotel ini di Booking.com, hotel ni recommended untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. So kami booked. Harganya Eur 89 /night. Sampai sahaja di kaunter, kami tidak dibenarkan masuk. Katanya polisi eropah maksimum 4 orang sebilik. Ya kami memang sedia maklum polisi berkenaan. Tetapi hotel ini tersenarai dalam list 2 Dewasa 3 Kanak-kanak. Lama juga berbincang dengan pihak pengurusan hotel. Akhirnya mereka benarkan kami bermalam di sini. City tax Eur 3.50 untuk seorang dewasa.


Pulang ke Dublin. Beberapa kenangan di Airport dan atas kapal terbang Ryanair.


Sarah memang kalau boleh dia nak lari dari hujung sana sampai ke hujung sini...

Dah sampai Dublin. Ilman tidur keletihan. Sementara Sarah...


Main sorang-sorang. Hahaha...



Comel tak???

Ingin baca panduan melancong bersama anak-anak kecil? Klik di sini.

No comments:

Post a Comment

Back to Top