22 April 2015

Rotterdam



Apa yang saya suka bila pergi melancong selain daripada melihat luasnya alam ciptaan Allah.. saya gemar melihat bagaimana sesebuah negara dan rakyatnya berfikir untuk maju. Hasil pemikiran kreatif mampu menjana pulangan besar untuk poket sendiri juga meningkatkan ekonomi negara. 

Rotterdam salah satu region/negeri di Netherlands. Kalau kita sebut Netherlands, orang akan lebih kenal dengan Amsterdam, taman tulip - jadi kita akan tumpu pada Amsterdam sahaja.

Rotterdam

Apa yang menarik di Rotterdam? Selain daripada Market Hall yang berbentuk unik, Cube House juga mampu menarik perhatian pelancong ke sini. Rumah yang berbentuk kiub. Empat segi. Ini contoh hasil pemikiran kreatif, rupa-rupanya selain dari alam sekitar yang semulajadi, sekarang kita mampu percaya inovasi teknologi boleh menjadi ikon penarik bagi sektor pelancongan.

Ramai orang islam tinggal di kawasan Rotterdam. Rata-rata mereka datang dari Afghanistan. Sudah 16 tahun mereka bermastautin di sini. Bekerja sendiri menjual makanan, mainan dan ada yang sudah membuka restoran. Jauh merantau mencari rezeki. 

~Commercial break~ Adam dan Ilman bersama.. Lamborghini di Rotterdam uolsss!





Back to real story.. haha
Perkenalkan.. inilah Cube House!

Rumah apartment biasa. Terletak di kawasan bersebelahan dengan Cube House. Apa yang menyebabkan jadi luar biasa? Jendelanya terbalik. Upside down!
 Gambar-gambar di bawah dirakam sekitar kawasan Cube House.





(Pintu masuk Cube House Muzium) Salah satu rumah di sini dijadikan rumah lawatan. Bayaran dikenakan Eur 3 untuk dewasa. Eur 1.50 untuk kanak-kanak. Mudahkan buat duit??




Jom kita layan gambar-gambar dalam rumah kiub ini. 

Dirakam dari jendela Cube House Muzium
 Kawasan dalam rumah ini agak sempit. Tidak sesuai untuk buat majlis keramaian.

Bahagian loteng

Tangga untuk naik ke loteng











Rasa gayat bila nak turun tangga

Dari atas tangga muzium



Haha.. menarik bukan? Siapa nak bina rumah macam ni? Sila angkat tangan ;) 

Market Hall berbentuk huruf U terbalik..

Bumbung bercorak menarik

 Kawasan gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman.


Pelbagai jenis keju..

Kedai yang menjual kurma, kacang - makanan dari timur tengah

Jus tembikai - Eur 2 secawan. Bak mai secawan!!

Buah naga - siapa tak kenal..

Logan dia eja?? Salah ok. Longan... 

Mariposa!


Kami makan seafood di sini. 

Hasil laut mentah - kita cuma pilih. Tukang masak akan masak ikut citarasa kita.

Makanan laut yang siap dimasak.. sedap tau!



Ada shopping mall di bahagian tepi bangunan - kiri dan kanan


Maafkan saya - Lapar punya pasal. Baru teringat nak ambil gambar bila tinggal banyak ni saja. Sepinggan Eur 10.50. King prawn 5 ekor, salad dan kentang goreng.






Uiii... macam di Pekan Rabu sudah...


Siapa suka sushi? 

Bunga-bunga segar memang banyak dijual di sini. Pelbagai jenis. Murah-murah pula tu!

Keluar dari Markthall baru perasan.. eh! ada pasar! Seronok sangat.. dah lama tak pergi pasar terbuka macam ni. Rasa macam pasar tani di Malaysia pula..

Rekabentuk bangunannya.. unik tau!


Kawasan pasar terbuka

Tu.. buah yang saya suka.. blueberry..

Pandangan luar bangunan Rotterdam Markthall

Macam-macam jenis produk dijual di sini. 



Ini ole-ole yang dibeli adam dan Ilman di pasar. Train boleh gerak siap bunyi dan lampu.. Budak-budak dan mainan memang tidak boleh dipisahkan.



Jangan lupa singgah sini ya kalau melancong di Netherlands.. ada banyak seafood, buah-buahan, bunga dan makanan yang best!

Sebelum meninggalkan Rotterdam, kami singgah kedai cenderahati di Feyenoord Stadion.

Berlatarbelakang jersi pasukan 








Jumpa lagi Rotterdam!!

Ingin tips melancong ke eropah? Klik di sini.

No comments:

Post a Comment

Back to Top