20 April 2015

Pyramid Lourve

Pyramid Lourve antara salah satu tempat 'wajib gambar' selain daripada Eiffel Tower dan Arc de Triomph. Di kawasan ini memang berkumpul pelancong dari pelbagai negara. Barisan orang beratur untuk masuk ke dalam piramid kaca tersebut usah cakaplah.. terlalu panjang. Sampai rasa tak masuk pun tak mengapalah. Memang sesak sangat!


Adam dan Ilman 


Sebenarnya kami hampir terlupa tentang Pyramid Lourve ini. Mujur saya belek-belek beg plastik cenderamata yang dibeli. Ternampak gambar pyramid Lourve. Hahaha. Kalau tidak, terlepaslah peluang nak tengok tempat pengambaran filem Da Vincci Code. Di sini ada muzium yang menyimpan lukisan sebenar Leonardo Da Vincci. Iaitu potret Monalisa. Kami tidak masuk melawat muzium. Hanya bergambar di luar kawasan sahaja. Parking di sini paling mahal antara banyak-banyak kawasan parking yang kami jumpa di Paris. Eur 1.80 untuk 9 minit. Diulang.. 9 minit ye! Maka bermulalah misi berkejar-kejaran ke sini. Nak jimat punya pasal. 















Inilah muzium yang menyimpan potret Monalisa itu..



Yang jauh tu bukan Arc de Triomph ye..











Arc de Triomphe du Carrousel siap dibina pada tahun 1808















Selesai tugas bergambar. Memang niat tadi nak pecut selaju mungkin. Tapi bila dah sampai kawasan ni, anak-anak pula seronok main kejar-kejar, terlupa misi 'jimat' tadi. So bayaran parking kami untuk sesi kali ini adalah Eur 7.20. Hahaha.. kiralah berapa minit kami spend di sini.. :D

Jawapan: 36 minit 

Ingin tips melancong ke eropah? Klik di sini.

No comments:

Post a Comment

Back to Top