15 April 2015

Melayan bayu laut di Volendam

Volendam popular dengan makanan lautnya. Mungkin disebabkan faktor geografi yang terletak di tepi laut. Kebanyakan pelancong singgah di Volendam untuk menaiki feri ke Marken. Ada juga disediakan perkhidmatan boat tour di sini. Kalau 'orang-orang putih' suka sangatlah Volendam ni. Tempat mereka berhibur sambil minum-minum tepi laut. Memang banyak deretan bar di tepi laut. Merata-rata ada party.

Penat mendaki jalan raya yang agak berbukit, tiba-tiba ada sekumpulan warga tempatan menyerbu kami. Rupanya mereka menyertai satu pertandingan. Bergambar dengan pelancong. Kami lah pelancong tu! Hahaha..

Kiri kanan kedai dan juga rumah kediaman. 

Rumah-rumah kediaman di Volendam lebih kurang sama saja dengan Marken. Tak banyak beza. Yang beza cuma keadaan sekeliling. Marken lebih tenang dan bersih. Sementara Volendam lebih hectic. Mungkin juga kerana Volendam terletak di tanah besar jadi lebih maju dari Marken. Banyak kedai dan pasaraya di Volendam berbanding Marken yang hanya ada restoren, kedai cenderamata dan perkampungan nelayan sahaja.


Tengok bumbung rumahnya yang tirus

Banyak kapal-kapal kecil berlabuh di sini

Deretan bar dan restoran di lereng bukit


Jeti tempat menyewa bot dan juga naik feri




Panas terik namun tetap dinginnnnnnnnnn...




Seperti biasa.. hahaha..

Pantang jumpa kucing anak berdua nih..

Kami singgah di Deen. Pasaraya di Volendam untuk membeli bahan mentah bawa balik cabin. Boleh dikatakan murah-murah juga harga seafood yang dijual. Ada juga yang diturunkan harga kerana tarikh packing semalam. Jadi hari ini turun 50% untuk bagi laku. Rasa kupang ini pun masih segar. Kalau beli yang baru packing hari ini harganya pun tak berapa mahal. Tambahlah 50%. Masih murah lagi kan. Di bungkusan terdapat tarikh packing.


Ini yang kami beli. Mussels/kupang. 1kg Eur 1.15 saja. Bawa balik cabin. Masak. Sedap tau!

Lobster Eur 15. Jika di Ireland saiz sama macam ini harganya Eur 25.

Gaya restoren di Volendam ini ialah pekedai akan letak bahan mentah contoh macam udang, fillet fish, mussels di kaunter. Kita pilih nak yang mana, dan pilih cara masak yang kita nak. Macam makan di Kuala Perlis. Pilih ikan kemudian pilih cara masak yang macam mana sesuai dengan selera kita. Tapi kami beli yang dah siap goreng. Lebih murah dan cepat. Dia panaskan saja. Sebab lama juga nak beratur tunggu. 

Jadi jika anda singgah di Volendam nanti, boleh cuba pelbagai jenis seafood segar di sini. Agak mahal kalau makan di restorannya. Sepinggan mussels dalam Eur 22++. Sebagai alternatif, buat yang 'kaki jimat' macam kami, cari gerai-gerai atas van (food truck) yang jual seafood siap goreng. Bekas saiz besar tapak tangan Eur 3 hingga 12 ikut jenis yang kita ambil. Boleh juga singgah pasaraya Deen. banyak juga seafood di sini dan harganya berpatutan. Bawa balik masak sendiri!

Jika orang bertanya saya perihal Volendam, jawapannya - Volendam dahulunya perkampungan nelayan namun giat aktif dimajukan. Syurga bagi makanan laut. Dari Volendam, anda boleh menaiki feri ke mana-mana pulau contoh seperti Marken. Jika singgah di Volendam, wajib cuba makanan lautnya. Ada murah. Ada mahal. Kemudian, dari Volendam teruslah ke Marken sama ada guna pengangkutan air - bot dan feri atau darat - bas dan kereta. Selamat melancong! 

Untuk entri di Marken, boleh baca di sini. (Klik)

Untuk Tips melancong ke Eropah, Klik di sini.

Baca entri Tempat-tempat menarik di Netherlands di sini. (Klik)

Terima kasih kerana mengunjungi blog kami. Sebarang pertanyaan di ruangan komen ya! Jumpa lagi di entri seterusnya.




No comments:

Post a Comment

Back to Top