12 April 2015

Macaroon Kota Paris


Memang dah lama teringin nak rasa macaroon. Namun hajat tidak kesampaian. Masa tu masih berada di Malaysia. Biasa orang jual 3 biji RM 7.50. Beli karipap boleh dapat 15 biji! Rasa tak masuk akal pun sama waktu tu. So pendamkan saja hasrat hati..

Love at first bite!

First time makan macaroon semasa berada di Ireland. Beli yang frozen saja. 12 biji Eur 4.99. Sekali makan terus jatuh cinta! Eh, memang sedaplah rupanya macaroon ni. Adam dan Ilman pun suka. Macaroon asalnya dari Italy. Tapi dibawa masuk ke Perancis oleh pemilik La Duree. Kiranya, La Duree merupakan pioneer macaroon di Perancis.

Kali kedua jumpa macaroon di Christmas Market, Galway. Sebiji Eur 2. Terus batalkan niat nak beli.
Memang niat kalau ada rezeki nak jengah-jengah macaroon di Paris. Orang kata.. ada dua kedai yang memang terbaik macaroon nya di Paris. Pierre Herme dan La Duree. So memang tak pandanglah macaroon di kedai-kedai lain. Nak tahu antara dua kedai ni mana lebih sedap??? Jom!

Pierre Herme

Kedai pertama yang kami singgah ialah Pierre Herme. Rupanya kedai ini juga menjual coklat. Waktu ni minggu Easter.  So memang tema easter saja.

Pintu masuk Pierre Herme

Tema Easter. Coklat-coklat berbentuk telur

Ada 13 perasa macaroon di Pierre Herme. Saya beli 12 biji. Sebab ikut pakej. 12 biji Eur 25. Kalau nak letak dalam kotak kena tambah Eur 3. Jimat punya pasal saya suruh orang kedai bungkus dalam plastik saja. Hahaha. Sebiji macaroon di sini dijual dengan harga Eur 2.30. Convert to RM? Alah tak payahlah kan.. convert nanti saya yang menangis! hehehe


Flavour yang paling saya suka.. Rose petal. Tu.. yang color pink filling putih tu..

Ni semua dah masuk perut.. kikiki

Waktu first time makan macaroon dulu, jatuh hati dengan pistachio. Color hijau. Tapi lepas dah rasa Rose petal.. maaflah ye pistachio.. awak jatuh nombor 2!

Sementara menunggu giliran.. (memang barisannya panjanggg...) sempatlah snap dua tiga keping gambar coklat yang disusun rapi atas rak.


Cantik bungkusan coklat di sini

Tadaa!! Akhirnya 12 biji macaron! Satu saja perasa yang sayatak ambil.. yang ada oat tu. Rasa macam.. Oat??? 

La Duree

Ok. Perjalanan diteruskan. Berjalan kaki 200m dari Pierre Herme. Lebih kurang 10 minit. Mencari destinasi popular macaroon yang seterusnya. Mana lagi kalau bukannya di..

Kedai La Duree
Waktu ni ada pula kerja baik pulih longkang. Memang waktu ni lah kan.. So tak dapatlah nak bergambar depan kedai.. sob sob..

Kalau di kedai Pierre Herme tadi penuh dengan koleksi coklat.. di La Duree pula kek. Geram tak tengok kek-kek ni?


Sedapnya!!!

Yes! Yang dicari...

Ada 16 jenis perasa macaroon di La Duree. Sebiji macaroon dijual dengan harga Eur 2. Ikut pakej 24 biji macaroon. Jadi jumlahnya Eur 48.. Boleh beli handbeg kan? OK. Tutup mata, tabahkan hati. Kita beli.. Hahaha..



Koleksi macaroon La Duree


Macaroon Tower



Inilah dia macaroon dari La Duree!! Memang tak sabar nak ngap! sambil pejam mata.. Indahhhhhhh

Perasa macaroon di sini (dari bawah sekali):
Hitam - Liquorice (aku tak suka. Manis sangat untuk aku..)
pink yang sebelah hitam tu.. - Strawberry candy (manis juga..)
Hijau pucuk pisang - Pistachio (aku suka. sedap!)
yang color putih susu sebelah pistachio - Orange Blossom (sedap juga)
Yellow ni - Lemon (tak minat)
color perang muda tu..- cafe (bolehlah.. rasa-rasa kopi)
pink sebelah salted caramel - Rapsberry (aku tak minat sangat..)
color biru pastel - Marie antoinnette tea (sedap juga nih.. aku suka)
putih susu sebelah si biru - Vanilla (biasa lah.. vanilla.. Adam suka ni)
Yang perang sebelah si putih susu - Gingerbread (aku tak minat..)
Pink sebelah gingerbread - Cherry blossom (aku suka..)
Yellow sebelah pink pula - Yuzu ginger (agak manis juga.. kurang minat)
perang- salted caramel (kawan aku suka.. aku bolehlah..)
coklat - perasa coklat (tak minat sangat.. biasa saja)
3 keping hijau itu pistachio.. sebab aku suka..
Yang pink pekat sebelah pistachio 3 beradik itu ialah -Red fruits (erm.. tak best lah filling dia. Macam jem)
Putih susu sebelah red fruit ialah - coklat banana (oklah..)
yah yah yah.. ini my favourite! si pink - rose (sedappppppp)
sebelah pink.. color yellow - Lemon passion fruit (masam-masam rasa.. oklah)

La Duree vs Pierre Herme



1) Apa beza rasa macaroon La Duree dan Pierre Herme?
2) Mana yang lebih sedap mengikut hemat saya?

La Duree. Ya dia memang pioneer. Popular. Memang glamour sampai ke UK. banyak cawangan. Sehinggakan sebut saja macaroon orang hanya akan ingat La Duree. Katanya mengekalkan tradisi resepi asal macaroon. Kulitnya agak rapuh. Pada siapa yang suka macaroon jenis rapuh boleh cuba La Duree. Filling manis. Kebanyakan perisa macaroon nya asli.


Pada saya.. dengan ikhlasnya.. saya lebih suka.. sangat suka.. cinta sangat.. dengan rasa macaroon dari Pierre Herme. Macaroon nya tak terlalu manis. Manis sesedap rasa. Bila kita gigit.. lembut..gebu.. diadun dengan aroma macaroon tu sendiri. Macam makan minyak wangi bunga pun ada juga! Filling macaroon dwiperasa. Memang sekali gigit sambil pejam mata rasa seakan-akan terbang melayang di Eiffel tower. Korang rasa?
OK. Berbaloi Eur 2.30 sebiji. Rasanya Insyaallah saya ingat sampai bila-bila :) So next time korang sampai Paris cari Pierre Herme ok! Memang meletup rasa dia! 


Ni je sempat untuk snap gambar. Yang lain Adam dan Ilman dah  'snap' dulu.. hahaha
Macaroon di Pierre Herme perasa mix.. 


Tengok!! Siapa yang mengadap macaron sejak dari tadi..



Sampai sini saja dulu.. Next time saya share yang lain pula ye? TQ sudi baca..



No comments:

Post a Comment

Back to Top