26 April 2015

La vallée village


La vallée village ni kawasan outlet untuk barangan berjenama. Sama macam JPO di Malaysia. Belah-belah eropah ni memang banyak outlet macam. Kalau di Ireland boleh ke Kildare Village, Bambridge, Junction One.Sewaktu kami pergi ke La Valee kebetulan tak ada sales. Harga standard. So jalan-jalan sajalah. Nak beli pun rasa macam malas sebab nak bawa balik naik kapal terbang lagi. Lebih baik beli di Kildare village berhampiran dengan rumah kami di Ireland. 

Bergambar kenangan.. hahaha


Dah lama nak makan churros ni. Cuma belum pernah jumpa di Athlone. Ada 15 batang churros. Harga Eur 5.50.  


Biasa orang ke La Valee nak cari beg, baju, kasut. Tapi kalau datang Paris semata-mata nak shopping, boleh pergi ke Gallery Laffayette. Shopping lah puas-puas. Kalau tidak pun, di Paris nanti memang banyak butik tepi-tepi jalan, cuma harganya lebih mahal dari La Valee. Sebut saja jenama apa berkenan di hati, semua ada. Check dulu di outlet La Vallee ada sales atau tidak, kalau tak ada lebih baik shopping di tempat lain. Kalau nak cari beg Longchamp, cari di Gallery Laffayyette. Sebab di sini tak banyak design yang cantik. Dan tak banyak pilihan.

ok. Jom kita ke Disneyland village pula.. tengok-tengok toys untuk anak-anak..





No comments:

Post a Comment

Back to Top