12 April 2015

Geheugen in Keukenhof

Pagi ini kami akan berkunjung ke Taman Tulip terbesar di dunia! Mana lagi kalau bukan di Keukenhof. Waktu operasi Keukenhof bermula pukul 8.00 pagi. Sewaktu kami tiba di tapak parking, line parking kami yang ke 22. Harus keluar awal sebelum pukul 10.00 pagi untuk mengelak kesesakan di tempat parking.

Sepanjang perjalanan sempat menjamu mata dengan pemandangan indah di tepi-tepi jalan. Unik sangat! Iyalah, rumah sebelah terusan air (canal). Buka pintu naik bot. Bukannya naik kereta! Mana nak cari tempat macam ni. Lain dari yang lain.

Amsterdam memang terkenal dengan bandar yang dikeliling oleh terusan air (canal)

Bunga Tulip ditanam diserata tempat. Banyak juga ladang Tulip milik persendirian. Rasa nak berhenti saja kereta untuk bergambar. Tapi risau juga kena saman! Jadi kuburkan saja hasrat hati.


Ladang tulip milik persendirian


Nampak cantik berbaris...




Kebetulan minggu yang kami pergi ada pameran Orkid. Jadi kita layan orkid dulu sebelum Tulip..


































Keluar dari dewan pameran orkid di Beatrix, kami terus bersiar-siar di sekitar taman.




Photobooth











Sarah Soffiya. Pemilik blog ini suatu hari nanti. Eh! 


Buah catur besar. Mula-mula ingat nak bergambar di papan catur, tapi lama pula nak tunggu giliran orang main catur. 






































Kawasan parking kereta kami. Untung datang awal. Kalau tidak.. entah pukul berapa kami boleh keluar dari barisan..

Dutchlady. Sama tak? Ok. I'm the Hobbit!



Masih banyak lagi tulip yang baru bertunas. Early spring. Mungkin waktu sesuai lawatan sekitar awal Mei. Waktu ini awal April.

Ini juga dari Family yang sama dengan tulip. Rupanya tulip ni ada pelbagai macam. Yang slim tinggi.. yang beropol-ropol, yang kerdil.. (haha, macam di atas)


Anggaran 4-5 minggu untuk dia keluarkan bunga.







Ini ladang tulip. Dahulunya popular kerana barisan tulip yang colourful. Tapi sekarang cuma sebaris sahaja yang ada. Tak siap lagi atau memang tak tanam? Entah.

Canal boat tak beroperasi waktu ni. Entah kenapa...









Ok. ni bukan katil saja letak. Bawah ni ditanam tulip. Disebabkan baru awal spring, maka tulip ni aku jangka tumbuh berbunga bulan mei nanti. Mesti cantik bila ada bunga tumbuh mekar dalam cot ni kan?










Bagi yang sukakan bunBa memang akan rambang mata bila sampai di taman ini. Kanak-kanak pun suka main kejar-kejar. Luas betul kawasannya. Bawa bekal dari rumah untuk duduk picnic sekitar taman. Tak perlu nak bersesak-sesak di cafe. Tapi jangan bawa set BBQ pula ok?  

Seronok kan layan bunga-bunga di Keukenhof? Keukenhof ini tutup pada musim-musim lain. Cuma buka pada musim bunga sahaja. 

Nak layan pemandangan canal tour di Amsterdam? Boleh baca di sini ya. KLIK.



No comments:

Post a Comment

Back to Top