28 April 2015

Dingin petang di Roscommon castle

Roscommon castle terletak di county Roscommon kira-kira 20 minit dari rumah kami. Panoramanya sangat cantik di petang musim bunga yang cerah. Dibina sekitar tahun 1269 dan ditinggalkan sekitar kurun ke 17 setelah bertukar tangan dari pihak ke pihak. Roscommon castle bukanlah tempat favourite pelancong yang datang ke Ireland. Kawasan ini sunyi sahaja. Yang ada cuma penduduk tempatan yang menetap di sekitar kawasan ini. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke perkarangan castle. Kami datang bersama kenalan yang menetap di Roscommon.  




Sebahagian castle yang masih tinggal




Khabarnya Roscommon castle ini asalnya tiga tingkat. Tetapi sekarang cuma tinggal sisa runtuhan sahaja.

Pintu untuk naik ke tingkat dua


Perhatikan rangka tingkap. Ada tiga tingkat. Kan?


















Suasana di musim sejuk - pokok tidak berdaun


Di perkarangan castle ini terdapat sebuah taman permainan dan mini outdoor gym. Tak tangkap gambar pula. Nanti kalau kami ke sini lagi, aku update gambar. OK?



Perjalanan pulang ke Athlone. Berhenti kereta sebab ada keretapi nak lalu.

Cantik castle ni. Agak sayang dibiarkan begitu sahaja. Tapi di Ireland ni memang banyak sangat castle nya. Tak larat kut nak jaga semua. Huhuhu..

Baca kisah kami jalan-jalan di Athlone castle. Klik di sini.


No comments:

Post a Comment

Back to Top