26 April 2015

Arc de Triomphe


Arc de Triomphe merupakan monumen yang dibina bagi memperingati jasa tentera yang meninggal sewaktu Revolusi Perancis dan Perang Napoleon. Terletak di tengah-tengah Place Charles de Gaulle di tengah roundabout 12 simpang. Memang mencabar memandu di kawasan ini. Tengok encek Z drive.. cilok sana, cilok sini.. memang begitu caranya. Kalau tidak memang tak bergeraklah kita.

Kawasan ini senang nak cari parking. Cuma jauh atau dekat saja. Boleh parking di bahu jalan. Tetapi selalunya tak ada ruang kosong. Kiri kanan ada kawasan parking dalam bangunan. Kami drive sampai jumpa kawasan parking yang terakhir sebelum Arc de Triomphe. Bayarannya Eur 6.30. Sudah lupa untuk berapa jam. Tapi sempatlah jalan lenggang lengguk sambil shopping souvenir di kedai. Hehe..


Kawasan parking bawah tanah.. 



Berjalan dari kawasan parking ke Arc de Triomphe


Berlatarbelakang Arc de Triomphe


Tinggi juga arc de Triomphe ni. 50 meter.


Pintu gerbang Arc de Triomphe ini boleh dilalui oleh kenderaan. Dari jauh nampak macam kecil, bila datang dekat.. Wah! Besarnya!

Salah satu daripada monumen 'wajib gambar' di Paris


Lepas bergambar di Arc de Triomphe kami jalan-jalan di kedai-kedai berhampiran. Ada banyak butik jenama terkemuka di sini.



Kawasan arc de Triomphe memang sesak. Kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Sana sini orang membeli belah. Beg shopping penuh dijinjing kiri kanan tangan. 'Syurga' membeli belah. Memang tak hairanlah orang Malaysia sanggup datang jauh-jauh shopping di Paris. Paris pusat fesyen dunia selain daripada London dan New York. 




Jalan raya yang sesak. Mujur ada 5 lorong. Kalau tidak, tak dapat bayang barisan kereta panjang mana

Di sini kami singgah untuk beli cenderahati Paris

Pelbagai ragam manusia dapat ditonton di sini. Yang kaya dengan pakaian mewah berjenama, yang miskin menadah tangan di kaki lima. Scammers juga banyak berkeliaran di kawasan ini. Ada cerita tentang scammers yang saya kongsi di satu entri khas. Boleh bacanya di sini. (Klik)

Terima kasih kerana mengunjungi blog kami. Selamat melancong!



No comments:

Post a Comment

Back to Top