28 April 2015

Dingin petang di Roscommon castle

Roscommon castle terletak di county Roscommon kira-kira 20 minit dari rumah kami. Panoramanya sangat cantik di petang musim bunga yang cerah. Dibina sekitar tahun 1269 dan ditinggalkan sekitar kurun ke 17 setelah bertukar tangan dari pihak ke pihak. Roscommon castle bukanlah tempat favourite pelancong yang datang ke Ireland. Kawasan ini sunyi sahaja. Yang ada cuma penduduk tempatan yang menetap di sekitar kawasan ini. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke perkarangan castle. Kami datang bersama kenalan yang menetap di Roscommon.  




Sebahagian castle yang masih tinggal




Khabarnya Roscommon castle ini asalnya tiga tingkat. Tetapi sekarang cuma tinggal sisa runtuhan sahaja.

Pintu untuk naik ke tingkat dua


Perhatikan rangka tingkap. Ada tiga tingkat. Kan?


















Suasana di musim sejuk - pokok tidak berdaun


Di perkarangan castle ini terdapat sebuah taman permainan dan mini outdoor gym. Tak tangkap gambar pula. Nanti kalau kami ke sini lagi, aku update gambar. OK?



Perjalanan pulang ke Athlone. Berhenti kereta sebab ada keretapi nak lalu.

Cantik castle ni. Agak sayang dibiarkan begitu sahaja. Tapi di Ireland ni memang banyak sangat castle nya. Tak larat kut nak jaga semua. Huhuhu..

Baca kisah kami jalan-jalan di Athlone castle. Klik di sini.


read more "

26 April 2015

Disneyland Viillage


Disneyland Village berbeza dari Disneyland Park. Disneyland Village ini masuk percuma. Kalau Disneyland Park kena bayar mahal. Tapi kalau ada anak-anak yang dah besar sesuailah bawa masuk park. Anak-anak kecil macam kami ni kita jalan-jalan di Disneyland Village saja lah ye ;) 

Ini pintu masuk ke Disneyland Park. Parking di kawasan dalam Eur 15. Kami terpaksa patah balik. Sebab tersalah jalan.

Set koordinat GPS untuk Disneyland Village. Ada kawasan parking dalam shopping mall di sini. Untuk jalan-jalan ambil gambil dalam kawasan Disneyland Village kami bayar Eur 7.20 lebih kurang 3 jam di sini.
Pintu masuk Disneyland Village


Bergambar di hadapan pintu masuk Disneyland Village

Disneyland Village ini ialah outlet yang menjual permainan. So memang Adam dan Ilman rambang mata bila masuk kawasan ini.























Kami singgah masuk ke kedai Lego untuk cari toys Adam dan Ilman.


Meluangkan masa bermain block Lego di sini

Semua enjoy main! 






Mural dinding ni dibina dari susunan blok Lego

Dapatlah Adam dan Ilman koleksi NinjaGo sorang satu. Puas hati masing-masing. Baru senang nak berjalan.




Bergambar kenangan di hadapan pintu masuk Disneyland Park sebelum pulang



Pada yang suka sangat mainan berjenama, jangan lupa singgah di sini ya. Harganya jauh lebih murah dari yang dijual di pasaran.

Baca entri jalan-jalan petang hari kami di Eiffel Tower. Klik sini.


read more "
Back to Top