30 January 2015

Norwich City

Norwich merupakan salah satu bandar yang terletak di England. Kami singgah bermalam di Norwich dalam perjalanan menuju ke Scotland. Tiba di Norwich city sudah lewat petang. Lebih kurang pukul 6. Terus ke stadium utama untuk ke kedai cenderamata. Waktu tu ada football match. Baru sahaja tamat. Memang trafik sangat sibuk ketika itu.

Kedai cenderamata yang dimaksudkan. Mujur masih buka. 


Salah seorang pemain bola. Ada siapa kenal? Kalau kenal sila tinggal nama beliau dalam ruangan komen okeh!



Selepas bersesak-sesak dengan peminat bola di stadium, kami ke Norwich market. Norwich market menjual pelbagai hasil tempatan antaranya seperti kraftangan, baju, makanan, buah-buahan.

Tugu orang berfikir. Apa agaknya ye simboliknya?

Inilah kawasan bandar Norwich


Di bandar-bandar eropah memang banyak kawasan yang dikhaskan untuk pejalan kaki. Mungkin kerana cuacanya yang dingin, jadi lebih ramai yang memilih untuk berjalan kaki sahaja.


Besar juga kawasan pejalan kaki di sini

Norwich market. Tempat tumpuan pelancong 

Antara barangan jualan


Dari jauh kelihatan Norwich cathedral




Dalam bangunan ini terdapat kedai cenderamata, restoren dan juga butik baju 

Tempat untuk cas handphone
Untuk membaca entri jalan-jalan kami di Scotland boleh klik di sini (KLIK)

No comments:

Post a Comment

Back to Top