30 January 2015

Norwich City

Norwich merupakan salah satu bandar yang terletak di England. Kami singgah bermalam di Norwich dalam perjalanan menuju ke Scotland. Tiba di Norwich city sudah lewat petang. Lebih kurang pukul 6. Terus ke stadium utama untuk ke kedai cenderamata. Waktu tu ada football match. Baru sahaja tamat. Memang trafik sangat sibuk ketika itu.

Kedai cenderamata yang dimaksudkan. Mujur masih buka. 


Salah seorang pemain bola. Ada siapa kenal? Kalau kenal sila tinggal nama beliau dalam ruangan komen okeh!



Selepas bersesak-sesak dengan peminat bola di stadium, kami ke Norwich market. Norwich market menjual pelbagai hasil tempatan antaranya seperti kraftangan, baju, makanan, buah-buahan.

Tugu orang berfikir. Apa agaknya ye simboliknya?

Inilah kawasan bandar Norwich


Di bandar-bandar eropah memang banyak kawasan yang dikhaskan untuk pejalan kaki. Mungkin kerana cuacanya yang dingin, jadi lebih ramai yang memilih untuk berjalan kaki sahaja.


Besar juga kawasan pejalan kaki di sini

Norwich market. Tempat tumpuan pelancong 

Antara barangan jualan


Dari jauh kelihatan Norwich cathedral




Dalam bangunan ini terdapat kedai cenderamata, restoren dan juga butik baju 

Tempat untuk cas handphone
Untuk membaca entri jalan-jalan kami di Scotland boleh klik di sini (KLIK)

read more "

Birthday #5

Selamat hari jadi Adam Shah! Ulangtahun kelahiran yang ke 5.. 

Sambutan yang simple... home made cake with love.. hahaha 

First time mama buat kek ni! Adam selalu request nak kek merah yang putih di luar dan ada tulis nama Adam. Ok.. tadaa!!! Boleh gitu??

Muka Adam yang excited tengok kek! Sarah mengintai dari tirai kamar :-)

Ilman berulang kali pesan.. "mama nanti Ilman nak kek yang tulis nama macam ni tau.." Ok Ilman. Walaupun mama kurang mahir bab baking mem'baking' ni.. tapi bolehlah untuk anak-anak je..hehe

Super excited. Hero mama dan papa.. 

Sepotong Red Velvet! Siapa nak?

Promo pisau Tefal. Hahaha..

Rupa red velvet Adam. Boleh lah... untuk diri sendiri mama kasi 1 bintang out of 10! Haha.. kejam untuk diri sendiri..

Selamat Hari Lahir Adam.. mama dan papa sayang Adam! Moga Adam sentiasa disayangi Allah.. :)

read more "

28 January 2015

English Market, Cork

English Market. Nama diberi sempena lawatan Queen Elizabeth ke market ini. Kebetulan kami menziarahi rakan yang tinggal di Cork jadi kami singgah di sini :)
Hasrat hati nak mencari Salmon dan Mackerel. Ketam dan udang. Jom kita terjah apa yang ada...

Kawasan utama market. Tempat orang duduk-duduk. Bergambar..hehehe. Photobomb by Amanda and Balqis :)

Pintu masuk utama 

Tampak bersih. Kemas tersusun. Bangkit selera nak membeli belah


Tujuan untuk hiasan. Mungkin?

Pelbagai jenis keju ada dijual.. carilah apa yang berkenan dihati. Jangan lupa pilih yang 'for vegetarian/vegan'







Besar sangat ikan tu.. gerunnn



orang kita panggil 'ikan sebelah'.. orang sini panggil.. sila lihat nama di gambar..hihihi

Inilah rupa ikan Trout..

Udang ni kalau masak lemak cili api....pergh!





Bersama Balqis..


Kawasan sekitar bangunan English Market

read more "

24 January 2015

Negara paling mesra pelancong: Malaysia di tangga ke-34


Melancong ke luar negara pastinya menjadi impian setiap orang dan pengalaman bersiar-siar di negara luar pasti ingin dikongsikan dengan insan tersayang. Pemilihan lokasi pelancongan adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian agar percutian anda akan menjadi suatu pengalaman yang indah dan bukan sebaliknya. World Economic Forum (WEF) dalam laporan bertajuk The Travel & Tourism Competitiveness Report 2013 [1] memaparkan beberapa fakta menarik sebagai panduan untuk memilih negara untuk dilawati. Laporan tersebut merupakan kompilasi data kajian yang dijalankan ke atas 140 buah negara melibatkan sikap populasi sesebuah negara terhadap pelancong asing.

Hasil kajian disimpulkan dalam sebuah peta berinformasi [2]. Negara yang dilabelkan merah diklasifikasikan sebagai paling kurang mengalukan kehadiran pelancong asing manakala negara yang dilabel biru adalah yang paling mengalukan kehadiran pelancong asing.

Kajian tersebut dijalankan dalam tahun 2011 dan 2012 antara lain bertanyakan, "How welcome are foreign visitors in your country?" adalah bertujuan untuk membantu menilai tahap keterbukaan sesebuah negara dan penduduknya terhadap pelancongan dan pelancong asing. 

Menurut laporan tersebut, Switzerland berada di kedudukan teratas negara paling kompetitif dalam industri pelancongan pada tahun 2013. Berada di tangga kedua adalah Germany diikuti Austri, Spain dan United Kingdom. Manakala bagi negara-negara asia pasifik didahului oleh Singapura, diikuti Australia, New Zealand, Japan dan Hong Kong. Negara Malaysia pula berada di kedudukan ke-8 di kalangan negara-negara rantau Asia.  Jadual berikut menunjukkan kedudukan bagi negara-negara rantau Asia.


Berikut adalah rumusan laporan tersebut terhadap negara Malaysia:
"Malaysia is ranked 8th regionally and 34th overall, up one position since the 2011 Report. Malaysia benefits from its rich natural resources (ranked 18th) and its cultural resources (ranked 31st). The country also benefits from excellent price competitiveness (ranked 5th), with comparatively low fuel prices, low ticket taxes and airport charges, competitive hotel prices, and a favorable tax regime. Malaysia’s policy environment is assessed as very conducive to the development of the sector (ranked 9th), an area that has improved since the last assessment, and the country is characterized by a strong affinity for Travel & Tourism more generally (ranked 16th). However, health and hygiene indicators trail those of many other countries in the region, with, in particular, a low physician density and few hospital beds available. Further, environmental sustainability remains an area for improvement, with high emission levels and several threatened species, although business leaders feel that efforts are being made in this area."

Rujukan/Reference:
1. Blanke, J., & Chiesa, T. (2013). The Travel & Tourism Competitiveness Report 2013. In the World Economic Forum.
2. Fisher, M. (2013). A surprising map of the countries that are most and least welcoming to foreigners. The Washington Post.
read more "

14 January 2015

Salji! Salji!


13 Januari 2015. Seharian salji turun. Stop dalam 2, 3 jam je. Gambar-gambar di bawah ini yang sempat di ambil lebih kurang pukul 1.00 pagi. Salji dah penuh tebal.. 

Permukaan dilitupi salji






Snowman pertama encek Z! Surprise sangat.. Hehehe

Tengah sibuk-sibuk pasal snowman Ilman terjaga dari tidur. Terkejut dia first time tengok depan mata..

Kami punyalah jaga salji ni bagi tampak gebu je.. tup tup.. ada pula makhluk Allah yang tinggal foot print kat situ.. tuuuu.. cuba tengok betul-betul. Nanti korang nampak..

Tertarik tengok pokok bunga yang dilitupi salji tu.. macam comel je..

Putih-putih je semuanya.. first time kami tengok ni... MasyaAllah... cantiknyaaaa.......

Ini pokok bunga yang aku cakap tadi. Comel kan??

Objek biasa di backyard kami. Tiang gol dan bola :)

Pagi yang indah! Tak lelap tidur nak tunggu bergambar. Memang nak kabulkan hasrat hati bina snowman sebesar yang mampu!!!

Pokok epal kesayanganku.. Eh! Rasa tak sabar pula nak tunggu berbuah semula. .

Feeling.. winter sonata masa ni.. Hahahaha



Tadaaa!!! My first touch! Kali kedua aku cuba buat orang salji setelah hasrat semalam dikuburkan. Hehehe.. Cute kan?

Cantiklah ruang ni. Macam studio.





Pemandangan sekitar Sli An Aifrinn



Ok. Anak-anak dah bangun tidur. Jom kita ber'salji'!!

Adam dan mini snowman 

Ilman cari ruang yang lebih besar nak buat snowman..

Habis salji kami kerjakan..hahahah

#handmade #homemade #madewithlove susah tau nak buat sebab sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..

Kita enjoy!

Bye bye snowman. Kalau ada rezeki lagi.. kita jumpa next winter ok!


Jumpa lagi. Kalau ada cerita best2 kami kongsi lagi k!





Pernah dengar 'Frost'? Kami ada cerita tentang Frost di sini. Klik di sini



read more "
Back to Top