2 December 2015

Tips Melancong Ke Eropah bersama anak-anak kecil

( Dikemaskini: 15 Jun 2016 )

Berdasarkan pengalaman kami sepanjang misi jelajah Eropah, ada beberapa tips yang perlu diambil kira sekiranya ingin melancong bersendirian - tidak mengikut pakej pelancongan oleh agensi yang secara lazim kosnya jauh lebih tinggi dan banyak caj yang tersembunyi.

Apa yang perlu anda buat jika mempunyai tiga anak kecil atau lebih, dan ingin melancong ke Eropah?


1) PANDUAN PENGINAPAN


HOTEL:

Di Eropah (kecuali UK dan Ireland), peraturan bilangan orang mengikut bilangan katil bagi sesebuah bilik agak ketat - hanya 4 orang sebilik. Jika anda berlima.. anda perlu menyewa bilik tambahan KECUALI jika dalam terma hotel ada menyediakan bilik untuk 5 orang atau ada menyediakan baby coat (hanya kanak-kanak bawah 2 tahun). Jadi! Semak betul-betul terma penginapan. kebanyakan bandar di Eropah mengenakan cukai (city tax) bagi setiap orang yang menginap, biasanya €2 - €4 untuk seorang.


Bilik hotel untuk 5 orang di Novum Business Unique, Dortmund Germany

TIPS:Senarai hotel budget pilihan kami: Campanille, Travelodge, Primier Inn dan di Booking.com
Nota: Kadang-kadang ada harga hotel lebih murah dari BnB.


HOTEL MURAH DI SEKITAR UK DAN IRELAND KLIK DI SINI


HOMESTAY/B&B/HOSTEL:

Untuk menginap selain daripada hotel, anda ada pilihan sama ada untuk memilih service apartment, B&B (Bed & Breakfast - macam homestay kat Malaysia), caravan atau campsite holiday. Semua alternatif ini boleh dicari melalui laman web tertentu contohnya yang biasa kami guna: Airbnb, Canvas Holiday, Booking.com dan Agoda. 


Airbnb lebih murah dari hotel. Ada banyak jenis penginapan di Airbnb. Anda boleh sewa rumah sebuah atau hanya sewa bilik. Terpulang yang mana lebih selesa untuk anda dan anak-anak. Rata-rata harga B&B di Eropah yang paling murah (untuk 4-5 orang) Eur 36/night.. Eur 55.. Eur 70.. mengikut lokasi tempat tersebut sama ada strategik atau tidak. TIADA CITY TAX dikenakan oleh pengurusan B&B. Cuma ada bayaran dikenakan untuk cleaning (tuan rumah) dan service charge oleh pihak Airbnb (bukan tuan rumah). Tempoh minimum penginapan ditentukan oleh tuan rumah.

Bagi hostel pula, agak kurang selesa jika travel bersama anak-anak kecil. Kebanyakan hostel berkongsi bilik dengan orang luar dan berkongsi bilik air.

TIPS: Memandangkan anak bongsu kami baru berumur 2 tahun jadi kami akan pilih opsyen sewa untuk 4 orang sahaja. Kemudian beri butiran lengkap kepada tuan rumah (bilangan anak beserta umur). Ada tuan rumah yang membenarkan untuk bayar harga 4 orang. Ada juga yang tidak bersetuju. Cari rumah lain jika tuan rumah tidak bersetuju kerana ada banyak lagi pengusaha BnB yang boleh bertolak ansur. Untuk daftar airbnb dan buat tempahan boleh klik link ini: www.airbnb.ie

Canvas/caravan/campsite holiday - Harga mengikut musim dan lebih mahal berbanding B&B. Tidak perlu bayar city  tax. Boleh menginap lebih ramai bergantung kepada jenis penginapan yang ditempah.  

TIPS: Elakkan pilih rumah kontena untuk musim winter dan spring kerana agak sejuk jika bermalam di rumah kontena. Walaupun dalam rumah ada pemanas. Biasanya penginapan jenis ini akan terletak bersebelahan dengan waterpark atau themepark dan ada pelbagai kemudahan di dalam kawasannya seperti kedai, go-cart, basikal, swimming pool, BBQ dan macam-macam lagi. Ada pelbagai pakej disediakan.

Kami biasanya akan pilih basic package (paling murah) untuk jimat tetapi perlu bawa tuala, cadar, sarung bantal sendiri kerana tidak disediakan. Tempoh penginapan minimum adalah 3 hari.
Suasana di Canvas Holiday

Antara kemudahan yang disediakan oleh Canvas Holiday (Basic Package)


Tandas yang selesa. Cuma agak kecil maklumlah dibina dalam kontena..


Jika bercuti pada musim panas (Mei - Ogos), harga hotel dan rumah lebih mahal berbanding dengan musim sejuk (winter, Oktober - Mac)

Gambar di bawah adalah contoh apartment yang kami sewa di tengah-tengah kota Paris. Jika boleh elakkan apartment yang tidak ada lif. Penat nak angkut beg!!! Cari dari sumber yang boleh dipercayai seperti booking.com, AirBnB (sila baca review). Semak sama ada rumah/apartment tersebut sesuai dengan kehendak anda (di bahagian Amenities).


Ada sesetengah tuan rumah yang akan minta deposit rumah dahulu.

Ada juga individu yang menyediakan perkhidmatan homestay persendirian yang tidak berdaftar dengan mana-mana agensi terutama di bandar-bandar besar dan popular di kalangan pelancong seperti London dan Paris. Ianya agak berisiko kerana dikhuatiri berlaku penipuan atau tuan rumah tiba-tiba tidak dapat memberi komitmen pada hari yang anda tempah - contohnya berlaku kematian ataupun tuan rumah ada urusan penting yang lain. 

Cari apartment yang ada kawasan parking berhampiran dengan kediaman (jika menyewa kereta). Jangan lupa bayar jika ada, jika tidak kereta anda akan dikunci tayarnya!

2) PAKAIAN DAN BARANG-BARANG KEPERLUAN


Penting!! Semak dahulu suhu dan cuaca negara yang ingin anda kunjungi untuk persediaan awal.

Winter (Disember, Januari. Febuari) - Pada bulan ini suhu terlalu sejuk. Boleh mencapai subzero walaupun di sebelah siang terutama pada kemuncak Winter iaitu bulan Januari. Boleh semak laman web accuweather atau yahoo weather agar anda peka dengan suhu dan cuaca.

Waktu winter, anda berpeluang merasai salji dan juga hujan batu (hailstone).

Hujan batu/ais


Jika suhu adalah dibawah 10 darjah Celsius, anda perlu ada:

1) Padded cot (kot yang tebal) - kalau boleh yang ada penutup kepala (hoodie)
2) Sarung tangan (leather/biasa)
3) Stokin dan kasut bertutup atau boot
4) Scarf leher (wanita bertudung tidak perlu)
5) Payung (jika hujan lebat)

Winter di Sligo, Ireland
Spring (Mac, April,Mei) - Lazimnya suhu masih sejuk (sekitar 6 hingga 13 darjah celcius). Kadang-kadang hujan seharian menyebabkan suhu jadi rendah.

Pakaian mengikut suhu dan cuaca:

1) Kot/jaket dari jenis fleece, Parka, padded nipis atau knitted.
2) Sarung tangan jika melawat kawasan yang berangin
3) Kasut bertutup atau boot

Spring di Love Bridge, Salzburg, Austria.
Summer (Jun, Julai, Ogos) - Suhu sekitar 15 hingga 28 darjah celcius. Jika anda melancong di kawasan yang lebih hampir ke garisan Khatulistiwa seperti Italy, Spain, Portugal, Greece, Turkey dan Gibraltar, suhunya lebih tinggi dan boleh mencecah 35 darjah celcius. Memang berpeluh.


Summer di Powerscout waterfall, Ireland
Autumn (September, Oktober, November) - Suhu beransur sejuk seperti waktu musim bunga (spring). Kadang-kadang angin yang sepoi-sepoi bahasa tu cukup mendinginkan kaki dan tangan.

Autumn di Apple Farm, Cahir, Ireland

3) BEG

Beg ikut keselesaan anda. Beg beroda atau beg galas belakang. Namun jika anda berhasrat untuk ke Venice dan bermalam di pulaunya, sila bawa beg galas. Anda dilarang untuk mengheret beg beroda di sana atas alasan merosakkan struktur jalan.

Untuk berjalan-jalan dari hotel ke tempat tujuan, sila galas beg (saiz biasa sahaja). Boleh letak bekal makan (nasi goreng atau bihun.) botol air untuk minum, botol air mineral kosong untuk ke tandas, telefon, passport, wallet, diapers anak, baju tukar anak (kalau muntah tengah jalan. maklumlah naik bot, naik train, naik bas) botol susu, cereal untuk anak kudap-kudap. Beg tangan tu tinggal dulu kut.. Mana nak pegang anak, mana nak pegang beg???

Vienna, Austria
Jika mempunyai anak kurang dari 2 tahun, anda digalakkan mengendong anak tersebut (babywearing) sebab mudah nak bergerak. Sila bawa baby carrier anda yang menepati syarat-syarat babywearing. Kalau tidak anak sakit peha, anda lenguh pinggang. Dan elak dukung anak berlenggang guna tangan sahaja. Lenguh tangan...

Kami ada 3 orang anak. Satu babywearing. Dua lagi masuk stroller. Sebab yang sulung 5 tahun, yang kedua 4 tahun. Budak-budak kecil ni cepat bosan kalau berjalan lama. Ada masa mereka mengantuk. Stroller digunakan untuk mereka tidur dan berehat. Kami guna twin stroller. Senang dan praktikal.

Untuk kawasan yang tidak sesuai bawa stroller, anak bongsu akan dikendong. Yang lain pimpin tangan dengan papa mereka. Nota: Jaket dari kain denim (jeans). Dipakai waktu awal spring. Rasa sejuk juga bila kawasan berangin.. kalau tak biasa sejuk, pakai kot tau..  
Di Arc de Triomph, Paris. Anak sulong berdiri di buggy board (attach dengan stroller) boleh tolak 3 orang sekali!

4) UBAT/FIRST AID KIT

Ada keluarga perlu bawa ubat anak-anak. Tapi kami Alhamdulillah. Anak-anak sihat dan bebas dari penyakit yang bergantung dengan ubat ni. Alhamdulillah. Tak perlu bawa ubat untuk mereka. Bagi yang biasa makan ubat dan yang memang bergantung dengan ubat, sila bawa ubat anda. ataupun simpan maklumat ubat tersebut. Nama, jenis ubat. Kegunaan. Di eropah, anda perlu dapatkan preskripsi dahulu sebelum membeli ubat di farmasi untuk sesetengah penyakit. Mungkin boleh dapatkan surat dari doktor yang biasa anda jumpa di Malaysia dan tunjuk pada pharmacist. Ubat demam contoh paracetamol, ibu profen, ubat selsema, ubat batuk ada dijual di pasaraya seperti ASDA, ALDI dan LIDL.

Ada negara-negara tertentu di Eropah yang mewajibkan anda memiliki first aid kit sekiranya anda memandu. Contohnya di Luxembourg, Austria dan Republik Czech.


5) SEWA KERETA

Perlu bawa booster seat mengikut bilangan anak (bawah 12 tahun, berat 15-25 kg). Dan carseat untuk anak berumur di bawah 3 tahun. Peraturan penggunaan booster dan carseat memang ketat di Eropah, sila beri perhatian. Untuk pengangkutan awam dikecualikan(bas, teksi, bot, keretapi). Bagi setiap anak, biasanya syarikat penerbangan akan membenarkan satu stroller dan satu carseat dibawa secara percuma (sila semak syarat penerbangan). Check-in melalui 'oversized baggage counter'. Kami memang akan bawa booster, carseat dan stroller. Sebab kalau nak sewa dari pihak kereta sewa, memang mahal. Harga sewa boleh beli satu carseat!


6) WAKTU

Winter - paling cepat matahari terbenam di eropah adalah pada pukul 4.00 petang. Kalau berjalan pada musim winter, memang terkejar-kejar nak solat. Pukul 12.30 tengah hari masuk zohor, pukul 2.00 petang masuk asar. Maghrib 4.00 petang dan Isyak pada pukul 6 petang. Subuh pula masuk lewat.. dalam pukul 6.30 pagi dan matahari terbit sekitar 8.30 pagi.

Spring - matahari naik sekitar jam 7 pagi dan terbenam jam 7 malam.

Summer - Matahari terbenam pukul 10.15 malam ok. Maksudnya maghrib pukul 10.15 malam. Isyak pukul 12 malam.

Autumn - Waktu musim Autumn lebih kurang sama dengan musim spring.

Kebanyakan kedai dan shopping mall tutup pada pukul 6 petang. Sesetengah pasaraya seperti AlDI dan LIDL tutup pada pukul 9 malam. Tesco beroperasi sampai pukul 11 malam. Sesetengah tempat Tesco buka 24 jam. Kedai makan pula beroperasi hingga tengah malam.


7) PENUNJUK ARAH

Sila bawa GPS dan pastikan GPS anda telah dilengkapi dengan peta Eropah dan yang penting ada peta negara yang akan dilawati. Jika tidak ada, anda boleh gunakan offline Google maps atau online Google maps (sama ada aktifkan roaming atau beli simcard). Berjalan kaki dalam town pun kena pakai GPS tau.


8) SHOPPING

Di Eropah terdapat banyak branded outlet yang menjadi kegilaan kaki-kaki shopping. Barang-barang di outlet jauh labih murah dari retail shop. Anda boleh google untuk tahu lokasi branded outlet tempat yang anda ingin kunjungi. Antara yang popular seperti Cheshire Outlet dan Bicester Village di UK. Waktu sesuai untuk shopping di Eropah adalah waktu Boxing Day iaitu 26 Dis setiap tahun. 27, 28,29,30 dan 31 Disember juga tarikh yang sesuai untuk shopping di Eropah.

Baju kanak-kanak memang syurga di sini. Pelbagai jenama. Yes, harga mampu milik. Bila ada sales bertambahlah mampu milik. Tapi ada juga jenama yang mampu tengok je.. Hehehe..


Kalau nak melancong semata-mata untuk shopping sakan.. pilihlah tarikh yang ada sales. Contohnya waktu Black Friday (Jumaat terakhir bulan Nov), waktu summer sales dan awal bulan Januari sehingga 17 Jan.

TIPS SHOPPING DI UK?? BOLEH KLIK DI SINI.


9) AWAS SCAMMERS (Berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman sahabat)

1) Ingatkan anak-anak (diri sendiri juga) jika ada orang bagi apa-apa sewaktu berjalan-jalan (bunga atau barang cenderamata) jangan ambil. Sebab jika ambil nanti dipaksa bayar. Bila kita pulangkan balik si penjual sengaja tak nak ambil.

2) Sila perhati keadaan sekeliling. Kerana anda mungkin diperhatikan dan diekori.

3) Kalau ada orang datang bermain alat muzik di sebelah anda, sila buat tak layan. Sebab habis dia main alat muzik nanti dia akan minta duit. Kalau dia nak terima Eur 2 ok juga. Tapi selalunya dia suruh tambah lagi nilai. Huhuhu.

4) Di Eropah terutama di kawasan tumpuan pelancong, anda akan jumpa pelbagai gaya orang meminta sedekah atau derma. Contohnya ada yang meminta anda tandatangan di borang untuk sokongan kepada orang kurang upaya. Selepas anda tandatangan, anda perlu membayar amaun yang diminta.

5) Anda naik lif. Ada sekumpulan wanita pelbagai peringkat umur berdiri di sekeliling anda. Awas. Mungkin penyeluk saku. Dan salah seorang akan berbual dengan anda.

6)  Di airport atau di stesen bas, mungkin akan ada orang memberitahu anda dompetnya hilang dan perlukan wang. Atau kad ATM miliknya rosak tiada wang untuk membeli tiket bas, tinggalkan sahaja dia kerana anda bukan pegawai kebajikan. (Terlalu ramai yang menipu dengan cara begini)

7) Anda sedang sibuk masukkan beg ke dalam bonet kereta. Ada orang menghampiri anda dan beritahu di bawah kereta anta ada barang yang terjatuh. Anda tunduk melihat bawah kereta. Sementara beg yang di dalam bonet? Tolong berhati-hati. 


10) MAKAN DAN MINUM

Boleh check di www.zabihah.com untuk senarai restoran halal di tempat yang ingin dilawati.

Anda juga boleh masak sendiri jika bermalam di B&B. Boleh bawa bihun. Kicap masuk dalam botol ubat plastik (letak dalam luggage tau sebab hand luggage boleh bawa maximum 100ml cecair sahaja), sos cili pun letak dalam botol ubat plastik (sebab botol ubat ni tahan lasak) sos tomato tak perlu. Sebab banyak dijual. Boleh beli beras di Tesco ataupun di ASDA, ALDI, LIDL atau bawa sendiri dari rumah.

Di eropah tidak ada ikan bilis yang macam di Malaysia. Anchovies orang eropah dalam botol. Macam ikan masin rasanya. Restoran halal banyak. Kalau tak ada pun, beli pizza untuk vegetarian (Margarita, Tonno-dari ikan Tuna) . Fish and chip. Seafood. Yang penting ada duit. Biasanya sepinggan fish and chip Eur 12++.. ikutlah kedai.. Pizza Eur 5 - Eur 10. seafood plater Eur 20++. Makan nasi di kedai-kedai halal Eur 14 (ikut kedai) set burger Eur 6++.. Ada juga restoran Malaysian, Indonesian.. contoh harga nasi goreng Eur 15 sepinggan.

Kofta di Restoren Kent milik orang Turki di Vienna,  harganya Eur 9.90
Currywurst Halal di Frittenbox, Hannover, Germany
Breakfast - masak sendiri. Jimat. Salmon mentah 1 fillet Eur 1.50, sayur Eur 0.90. 

11) SOLAT

Google untuk cari masjid atau multiprayer room. Kalau tidak boleh saja solat dalam kereta, atas train, dalam bas, tempat parking..

Boleh rujuk waktu solat di http://www.islamicfinder.org/

Alert dengan waktu matahari terbit dan matahari terbenam, dan juga waktu SOLAT! :-)


Nak tengok kami, anak-anak dan stroller naik turun tangga di Venice??? Hahaha... Tonton video ini:




Kami menyediakan khidmat upah penyediaan Itinerari yang lengkap untuk anda melancong ke negara di eropah dengan harga yang berpatutan. Klik untuk Hubungi kami untuk perbincangan lanjut.

Jika anda suka dengan tips ini, bolehlah kongsi dengan rakan-rakan ;) 

Like Fanpage https://www.facebook.com/ssoffiya/ kami di Facebook untuk update tempat-tempat menarik di benua eropah.




read more "

9 November 2015

[Product Review] Choceur Kaffee Sahne

Weisse schokolade auf. Edel-kaffe-sahneschokolade... Hah! Rasa macam berada di German! Eh kenapa tiba-tiba cakap German ni? Ok. Sebenarnya I nak kongsi satu jenama coklat yang sangat sangat sedap! Dan.. walaupun jenama coklat ini dijual diserata eropah TETAPI perasa white chocolate+Edel-coffee chocolate cream HANYA terdapat di German sahaja. Istimewa bukan???

Nindia! White chocolate + Edel-coffee chocolate cream

Rasa coklat ini cukup lengkap! Rasa kopi, lemak manis coklat putih diadun sempurna!



Nampak tak lapisan warna yang berbeza. Mungkin inilah rahsia buat coklat choceur lain dari yang lain! You all mesti cuba ok?


Kandungan bahan-bahannya halal dan sesuai juga untuk golongan vegetarian.

Mana nak cari coklat sedap ni? Hanya di ALDI German. Harganya cuma Eur 1.40 sahaja. Coklat tebal. Berkrim. Memang untung kalau beli dan rasa. Jadi sambil kunyah-kunyah bretzel boleh makan coklat ini ya!

Jumpa lagi di entri yang lain!!

Nak makan Macaroon Frozen yang sedap dan murah di Ireland? (Klik di sini) 





read more "

7 November 2015

[Product Review] Deluxe Macaroon

Entri kali ini nak bercerita tentang makan pula. Kalau berkesempatan melancong ke Ireland dan tiba-tiba rasa teringin nak makan macaroon (tiba-tiba lah pula kan..) mana agak-agak nak cari?

Susah juga nak cari fresh macaroon. Bukan semua tempat ada. Macaroon yang saya beli untuk minum petang ini jenis sejuk beku (frozen). Bolehlah janji ada. Mula-mula risau juga nak beli rasa. Yelah. Takut bila makan keras macam biskut. Tapi.. tak cuba tak tahu kan. Betul tak? 

Memang tak sabar nak rasa frozen macaroon ni. Sebelum makan, perlu letak pada suhu bilik lebih kurang dua jam. Macaroon jenama Deluxe ada 12 biji semuanya. Empat jenis perasa. Rapsberry dan Blackcurrant. Vanilla. Mango dan Passion Fruit. Salted Caramel. 

Nak tahu apa rasa macaroon ni? Jeng jeng jeng....

Untuk keseluruhan rasa, saya bagi 7/10. Rasanya sedap. Anak-anak suka!

Bungkusan yang cantik dan eksklusif... kalau nak jadi kan hadiah pun boleh. Letak riben je uols!


Empat koleksi warna yang memukau! 

Tekstur luar yang ringan, rapuh dan lembut manakala gebu di bahagian dalam.


Sesi jamu mata.. hahaha

Kandungan dalam macaroon.. tiada bahan-bahan yang tidak halal

Harga untuk frozen macaroon jauh LEBIH MURAH (saya saja caps lock tau) dari fresh macaroon. Fresh macaroon sebiji Eur 2. Manakala frozen macaroon sebiji hanya Eur 0.38. Menangis tengok harga beza sampai begitu sekali kan?? Haha..

Dari segi rasa juga tak banyak beza. Cuma frozen macaroon agak lembap sedikit di bahagian dalamnya tapi langsung tidak menjejaskan rasa.. Jadi,  kenapa sanggup nak bayar lebih kan??

Cuba. Cuba. Cuba rasa ya. Kalau sampai Ireland.. Rasa nak cari kudap kudapan. Boleh beli ya sekotak dua. Hehe..

Bagi yang berminat untuk cuba rasa macaroon ini boleh dapatkannya di semua cawangan pasaraya Lidl di Ireland. Sampai saja Dublin airport terus cari Lidl ok?? Jumpa lagi!

Nak tahu jenama coklat pilihan kami? (Sila Klik)

read more "

2 November 2015

Kisahnya di musim luruh..



Apa yang syok tentang entri kali ini ialah kami nak kongsi tentang empat musim lain yang terdapat dalam musim luruh. Dengar pelik kan? Kebiasaannya, sebut saja musim luruh atau dalam Bahasa Inggeris nya AUTUMN mesti kita terbayang daun-daun pokok maple yang kemerah-merahan ataupun daun-daun kering yang bertaburan di jalan.. Kan?? Sebut-sebut pasal autumn.. alah teringat pula drama Korea Autumn in my heart.. (ambil tisu kesat mata dulu.. huhuhu). 

Ok, sebelum kita kenal musim-musim yang terdapat dalam musim luruh.. eloknya kita layan dahulu gambar-gambar pemandangan musim luruh yang kami rakam di sekitar kawasan Gary's castle yang terletak di Athlone, Ireland.














Kalau nak tahu, pada musim luruh bukan saja kita dapat tengok daun-daun berguguran. Malah lebih daripada itu. Ada beberapa musim lain lagi yang join together dengan musim luruh ini. Nak kongsi sikit apa yang menarik tentang musim ini (tak boleh dapat dalam musim-musim lain tau..) :

1) Musim epal: Untuk pengetahuan semua, musim memetik epal adalah hanya pada bulan oktober iaitu pada musim luruh.. so kalau rasa-rasa nak petik epal.. eh, datanglah eropah pada musim luruh ok. Tepat lagi end of october. Minggu orang putih sambut Halloween. Haa... tu masa sesuai nak petik epal yang ranummmm.....erm... juicy... delicious! (Klik sini untuk baca entri pengalaman petik epal kami)





2) Musim labah-labah: Autumn memang waktu labah-labah keluar. Memang banyak sarang labah-labah di merata tempat. Gambar di bawah dirakam di sekolah Ilman.





3) Musim labu: Labu yang oren tu.. alah pumpkin.. bukan butter squash tau.. haa.. waktu ini di kedai-kedai memang menjual labu secara besar-besaran.. tibanya malam Hallowen.. labu-labu ini diukir. Ada mata, mulut dan hidung. Dan diletakkan diluar rumah.. Kalau you all berkesempatan melawat eropah pada minggu Halloween.. jangan pula beli labu oren tu untuk buat dessert atau masak lemak ye.. Tak sedap. Dan tak manis. Tak macam labu di Malaysia. Kalau teringin sangat nak makan masak lemak labu ketika itu, bolehlah beli butternut squash. Rasanya sama seperti labu di Malaysia.. (eh! panjang bebenor cerita labunya...)


Ini labu yang aku ukir khas untuk Adam sempena National Pumpkin Day. Seronok Adam dapat pumpkin lantern. Asalnya nak ukir funny face (sepertimana permintaan Adam) tapi bila dah siap.. aku tak nampak 'lucu' di situ. Maaf anak. Salah ukir!








4) Musim hantu..........Shhhhh: Cakap sambil bisik-bisik saja ni. Musim ni banyak hantu. Hantunya merata-rata. Pelbagai rupa dan gaya. Boleh beli di kedai kalau nak. Kalau tak nak.. tunggu sahaja minggu Halloween. Maka hantu-hantu ini kita boleh jumpa di hadapan rumah dan di muka-muka pintu..


Hiasan Halloween di pasaraya




Cukuplah 4 musim yang ada dalam musim luruh. Eh ada apa lagi nak tambah? Kalau ada musim-musim lain dalam musim luruh yang kami terlepas pandang, bolehlah kongsi sama-sama di sini ya! 

Menarik kan musim luruh. Jom lah pakat-pakat beli tiket ke eropah musim luruh tahun depan.. sebab tahun ni dah hampir ke penghujungnya. So kumpul duit dari sekarang ye? Untuk persiapan ke eropah  nanti boleh rujuk entri kami Tips Melancong ke Eropah . Selamat bercuti!!!

Jangan lupa join kami di https://www.facebook.com/ssoffiya/ untuk update tentang perkara-perkara menarik dari benua eropah. Jumpa lagi!!



read more "

1 November 2015

Kerana Manisnya Epal

Ops! Ini bukan cerita tentang epal pakcik Buchanan ye.. Walaubagaimanapun Thumbs up untuk Faisal Tehrani untuk cerpen yang benar-benar menyentuh perasaan ini :) Mohon izin guna tajuk cerpen ye.. hehe

Ok. Berbalik cerita asal. Hujung oktober 2015 bawa anak-anak merasai sendiri pengalaman memetik epal (walupun laman belakang rumah ada pokok epal.. hahaha). Untuk pengetahun, epal ni sejenis buah bermusim. Musim memetik epal adalah pada pertengahan musim luruh iaitu penghujung bulan Oktober. Ladang epal yang luas terletak lebih kurang 2 jam lebih dari rumah kami di Athlone. Cuaca cantik pada hari itu. Langit biru berlapis awan seakan kapas! Memang cantik pemandangan di Apple Farm, Cahir.

Barisan pokok epal yang ranum
 Kami pilih ladang epal di Cahir sebab epalnya manis. Rangup. Petik terus gigit!









Oh! My.. serious muka petik epal pun..

Sedap kan epal ni Sarah? Kan? Kan?




Meh sini saya tunjuk cara petik epal..


Hasil pada hari itu
Ladang ini bukan sahaja ada pokok epal malah ada juga pokok plum, strawberry, blackberry dan rapsberry. Cuma bukan musimnya.



Meninjau ole-ole di kedai The Apple Farm.



Pelbagai produk hasil epal dijual di sini. Jus epal, cuka epal, jem dan juga produk-produk dari buah plum dan strawberi.



Epal yang kami petik Eur 7.50 sekotak. Jus epal harganya Eur 2 sebotol. Jem epal pula Eur 2.50. Memang lain rasa jus epal yang dibeli dari pasaraya dengan jus epal yang dijual di ladang ini. Lebih kaw! Kata orang.. hahaha

Oh ya, masuk ladang epal ini percuma sahaja. Boleh petik dan makan sebanyak mana yang mampu! Hanya epal yang dibawa balik sahaja kena bayar. Dan ladang ini hanya dibuka untuk aktiviti memetik epal pada minggu Halloween sahaja. Pada hari lain hanya kedai di ladang sahaja yang beroperasi. Maklumat lanjut boleh layari http://www.theapplefarm.com/

Sampai sini saja tau.. Jumpa lagi!!

Ingin baca entri jalan-jalan di Kota Kristal Waterford? Klik di sini


read more "
Back to Top