25 December 2014

Northern Ireland getaway...


Ni gambar lama. 23 November 2013. Tapi end of 2014 baru release. Biasalah filem panggung. Haha. Masa ni busy ok. Sarah belum lahir lagi. Destinasi kami pusing-pusing sekitar Ireland Utara. Ireland utara berada di bawah jajahan UK. Jadi kami guna matawang pound sterling di sini. Route kami ialah Castle di Sligo-jalan pantai-national park-hotel-Giant Causeway.

Castle terletak di co. Sligo. Waktu ni winter.

Dalam castle ada satu kawasan lapang. besar juga. dua kali padang bola seingat aku.

Inilah serba sedikit penerangan. Oh ya! namanya Ballymote castle. 


Kawasan sekitar castle

Kawasan luar castle. Tinggi binaannya. 
ok. Kita ke kawasan pantai pula.Strandhill beach.
Sejuk. Ombak kuat. sinonim dengan kawasan pantai di Ireland.





Kami secara tak sengaja ke sini. Destinasi asal adalah Glenveagh National Park. Tapi GPS bawa kami ke sini. Kawasan bukit atau boleh juga aku kelaskan sebagai kawasan padang rumput kering. Sunyi. Memang dah boleh agak kami sesat waktu tu.


Sesat pun sesatlah janji pemandangan cantik. Kan??


Ok. Ini tempat penginapan kami. Donegal Guest House. Rumah agam yg besar. Cantik. Terbaik!




Laluan ke pantai


Rumah api


Kami dan rakan-rakan di Ireland dan juga kenalan yang datang menziarah dari Malaysia
On the way ke Giant causeway. Kami singgah solat dalam kereta dan lunch juga dalam kereta di sini.


Sambil layan-layan bunyi ombak memukul tebing bukit...




Ok. Kita dah sampai ke Giant Causeway. Ini muzium. Kena beli tiket dulu untuk ke sana.

Apa yang istimewa tentang Giant Causeway? Nanti kita lihat sama-sama...


Masih lagi menyusur tebing untuk ke sana

Pemandangan sebelah kiri. sebelah kanan lereng bukit.

Nampak tak batu-batu berbentuk heksagon tu? 

Asli. Katanya pembentukan batu-batu ini mungkin disebabkan hakisan ombak. Tapi ada cerita dengeng Irish tentang tempat ni. Cerita mereka... ada dua orang gergasi yang berbalah. Masing-masing membaling tiang-tiang berbentuk heksagon ini semasa mereka bergaduh. Maka tiang-tiang itu tetaplah berada di sini sampai sekarang. OK. aku kurang berminat dengan cerita dongeng. Apa yang aku nampak ialah kebesaran Allah. 

Perhatikan betul-betul. Batu-batu ni bentuknya serupa. Memang seakan tiang. Yang disusun rapi. Siapa yang menyusunnya? Tepuk dada.. tanya iman :)






Itu sahaja yang nak dikongsi buat kali ini. Next time kalau kami pusing-pusing lagi, kami update ok! Babai :)




Z'nWifey

No comments:

Post a Comment

Back to Top