28 May 2014

Dari Athlone Ke UK- Misi Mencari Stadium

Dengar macam misi mencari Ramli pula kan? Hahaha. Buat peminat-peminat bola sepak, anda harus buat apa yang kami buat. Hari kedua dedikasi khas untuk encek Z selaku peminat bola sepak. So hari itu kami cuma 'Jalan-jalan cari stadium'. Kami rancang untuk pergi ke Liverpool dulu kemudian patah balik ke Manchester.  Pagi itu kami terus ke Anfield di Liverpool. Untuk misi 'stadium tour'. Agak terkejut apabila tiba diperkarangan stadium Anfield kerana banyak juga kawasan rumah kedai yang terbiar di sini. Bangunan-bangunan ditinggalkan kosong. Mula-mula kami parking di kawasan bangunan tinggal kemudian setelah diberitahu bahawa risiko pecah masuk kereta tinggi di kawasan itu, kami terus parking betul-betul di sebelah stadium. 

Bayaran yang dikenakan untuk mini tour adalah £12 bagi dewasa. Anak yang berumur sehingga 16 tahun £9. Kami ambil family ticket yang berharga £35. Tempoh tour lebih kurang dua jam.

Kami dibawa masuk ke stadium, bilik persalinan, bilik sidang media, ruang pameran dan beberapa lagi tempat yang kami rakam gambar-gambarnya di bawah.. 



Gambar-gambar di ruangan pameran.



Inilah model stadium







Peminat nombor satu!





Bilik sidang media

Bilik persalinan


Kawasan dalam stadium















Selesai misi pertama kami terus ke Everton yang terletak berhampiran dengan Anfield. Kami cuma ambil gambar di luar stadium sahaja.




Home of The Blues

Kemudian kami patah balik ke Manchester masih lagi dalam misi 'mencari stadium' huhuhu... Kedai cenderamata buka agak lewat pada hari itu. Dan kebetulan ada rakaman lagu Manchester United. Glory glory Man United..  






Pemandangan Old Trafford Stadium pada waktu malam. 

Old Trafford Stadium. Gambar dirakam dari tingkap hotel tempat kami menginap. Hotel Primier Inn. 









Hujan turun renyai-renyai. Misi 'mencari stadium' di teruskan ke Etihad Stadium di Manchester City.










Sewaktu kami tiba di sini kedai cenderamata sudah tutup. Memang awal kedai-kedai di sini tutup. Pukul 5.40 petang kami tidak dibenarkan masuk. Misi mencari stadium tidak berakhir di sini. Perjalanan di teruskan ke Norwich city. Tapi bukan pada hari yang sama. Hahaha. Tak larat kut misi mencari stadium ni. Penat. Tapi ok lah kan. Alang-alang dah sampai. At least ada kenangan. Orait, sampai sini dulu ye. 






read more "

From Athlone to UK (Episode Pheonix Park)

Dublin memang bandar yang sibuk dan sesak. Jika anda berkunjung ke Dublin dan ingin keluar dari kesibukan bandarnya, saya cadangkan anda ke Pheonix Park. Pheonix Park - Hutan rekreasi di tengah-tengah kesibukan bandar Dublin. Lebih kurang 30% daripada keluasan taman ini dipenuhi dengan pokok-pokok seperti Oak, Ash, Lime, Beech, Sycamore dan Horsechestnut.  Antara keunikan Pheonix park ialah wujud habitat rusa-rusa liar yang jinak di sekeliling taman. Khabarnya kumpulan rusa-rusa ini sudah lama tinggal di kawasan Pheonix Park sejak tahun 1660 lagi apabila dibawa masuk oleh Duke of Ormond.  Selain rusa, pelbagai jenis spesis burung boleh ditemui di sini.

Wellington monument atau dikenali juga sebagai wellington testimonial ialah tiang yang berbentuk piramid yang berketinggian 62 m. Wellington monument ini terletak di kawasan padang rumput yang luas. 

Wellington monument 

Berhampiran dengan Wellington monument, terdapat kawasan rekreasi yang ditanam pelbagai jenis bunga. Antara yang banyak ditanam ialah bunga Tulip.

Bunga Tulip yang berkembang mekar di penghujung musim bunga



Kawasan taman ini cukup luas

Adam dan Ilman bersama aunty yang terbang jauh dari Perlis ;)







Bunga-bunga sudah mula luruh

Zoo Dublin juga terletak dalam kawasan Pheonix Park. Boleh klik di sini untuk baca entri di Zoo Dublin. (KLIK)


read more "
Back to Top